Jumaat, 17 Ogos 2012

Coretan tanpa kata

     Hari ini genap 3 tahun dia telah pergi meninggalkan Fisya, orang yang dia cintai sehingga ke nafas terakhirnya. Hari ini jugak cukup 3 bulan Fisya bertugas di tempat baru. Tapi kenapa angka 3 yang selalu Fisya hadapi, dan adakah lelaki yang ke-3 ini merupakan jodoh Fisya. Segala yang berlaku selalu difikirkan oleh Fisya, masih adakah lelaki yang berjaya untuk membukakan pintu hatinya lagi. 

      Lelaki pertama dikenalkan oleh seseorang yang Fisya dah anggap seperti ibunya sendiri, namun tidak semudah itu untuk Fisya menerimanya. Selepas bertemu, bertentang mata Fisya dapat merasakan lelaki itu layak untuk memiliki perempuan lain yang lebih baik dari dirinya. Tapi lelaki itu selalu bertanya kepada ibu angkatnya, sedangkan Fisya telah memberitahu jawapan kepada jejaka tersebut. Cuma mungkin cara Fisya menjelaskan itu tidak memahamkan jejaka tersebut. 

       Lelaki kedua pulak, telah mencuit hati Fisya. Namun terdapat satu masalah bukan sahaja untuk dirinya tapi Fisya kenal dengan keluarganya dia tahu, keluarganya pasti tidak akan menerima lelaki tersebut. Lelaki itu ada sesuatu yang sangat Fisya cari, lelaki yang tidak merokok. Itu adalah salah satu syarat yang Fisya letakkan dalam mencari calon suaminya. Seperti arwah tunangnya yang tidak merokok. 

       Tapi kenapa Fisya selalu badingkan semua lelaki itu dengan arwah tunangnya, kenapa susah sangat hati Fisya ini untuk menerima lamaran orang lain. Fisya sedar yang arwah tunangnya tidak mungkin akan kembali lagi, untuk menjadikan dia sebagai seorang isteri tapi kenapa susah untuk Fisya, kenapa? 

       Fisya tahu, semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Fisya redha dengan semua yang terjadi, dan Fisya berdoa agar lelaki yang ke-3 ini akan membukakan pintu hatinya untuk menerima sebagai calon suaminya. Di malam hari, hanya kepada ALLAH Fisya memohon pertunjuk agar dipermudahkan segala yang dirancang olek keluarganya tanpa pengetahuan kedua ibubapanya. 

       Dia ingin bertemu lelaki itu buat pertama kali, sebelum memberitahu kepada ibu bapanya. Kerna Fisya tahu, ibu dan bapanya terlalu berharap agar dia mampu untuk menerima lelaki lain selepas arwah. Walaupun ubu dan bapanya tidak pernah memaksa dia dalam memilih jodoh ini, dan bagi Fisya jika ibu bapanya serta keluarganya boleh tersenyum menerima lelaki tersebut, Fisya pasti akan menerima walau siapa pun lelaki tersebut.

     Semoga Allah mempermudahkan semuanya. InsyaAllah jika ini yang terbaik untuk diri Fisya,  didunia hingga ke pintu syurga. Fisya akan menerima dia, supaya dia mampu menjadi imam kepada Fisya dan ayah yang baik untuk anak-anak yang bakal mereka perolehi. Amin

p/s: Ingin mengetahui apa yang terjadi pada Fisya pada hari raya nanti. Tunggu.

~ Hati Ini Hanya Untukmu ~

          Semakin hari semakin dekat tarikhnya, namun kenapa aku masih tidak bisa melupakan dia. Sejujurnya, habis air mata ini mengalir namun hanya dia masih aku ingati. Kenapa terlalu payah hati ini ingin terbuka lagi, setelah ia merasai pelbagai rasa. Ya Allah, aku hanya manusia yang lemah terlalu dalam mengharungi dugaan-Mu ini.

          Setelah dua bulan dia pergi, aku bertemu kembali dengan orang yang pertama sekali pernah berada di hati ini. Walaupun ramai yang menyatakan cinta di alam persekolahan hanyalah cinta monyet. Namun, bukan untuk diriku. Pertama kali aku menyatakan cinta, ia akan terus kekal dihati ini sehingga ke akhir nafasku ini. 

           Tapi segala yang dirancang tidak kekal lama. Jika tiada restu kedua-dua keluarga aku pasti akan menolak setiap lamaran yang mendatang. Maaf, aku bukan inginkan sesuatu yang sempurna namun aku hanya ingin restu kedua-dua ibu bapa kita. Dan akhirnya dia berkahwin dengan pilihan keluarganya, tapi aku masih disini menanti pemilik rusukku.

            Walaupun bergitu, aku dapat rasakan dia sentiasa berada hampir denganku. Tapi aku tidak mungkin akan menganggu rumahtangga seorang wanita lain. Biarlah ia menjadi kenangan kita, usahlah kau berpaling lagi. Jawapan aku tetap sama, dulu, kini dan dengan IzinNYA sampai ke akhirat nanti. Aku tidak akan menganggu kamu lagi, pergilah kamu mencari kebahagiaan dalam keluargamu.

           Kebahagiaan yang kita inginkan, hanya kita sahaja yang mampu untuk miliki. Jadi teruskan, jangan biarkan ia pudar setengah jalan. 

Jumaat, 3 Ogos 2012

~Bersabarlah Duhai Hati~

     Hari ini menagis kat office sendirian, entah kenapa air mata ini mengalir tanpa dipinta. Puas tahan agar ia tidak akan jatuh, namun semua tidak dapat ditahan lagi. Kenapalah ada manusia macam nie dekat dunia ni, dan kenapa dia sahaja yang menguji tahap kesabaran diriku ini.

     Jika ikutkan hati hari ini jugak aku akan hantar surat resign, namun kesian kat bos besar. Mesti dia akan susah dan tak salah kalau aku bersabar sampai dia balik kan. Cepatlah incik bos besar, saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi.

     Incik sales ni pulak, semua kena cepat. Pastu dia hantar order last minute. Adakah patut dia marah sebab aku tak tahu. Aku bukannya masuk kerja kat sini terus pandai, aku masih tengah belajar lagi. Sedih betul lah, yang aku ni pun satu. Tahan marah sampai menagis kenapa pulak kan.

     Kadang-kala hanya air mata ini sahaja yang mampu untuk menyejukkan hati yang sedang sakit. Membasahinya agar ia tidak akan terus terbakar. Hati ini selalu di uji dengan pelbagai cara, tapi adakah aku benar-benar kuat dalam mengharungi semua ini.

     Aku hanyalah manusia biasa, yang kadang-kadang tidak mampu menahan rasa marah ini. Sungguh aku menahannya sehingga air mata ini mengalir. Ya Allah, berdosanya hambaMU ini kerana tidak mampu menahannya. 

      Bersabarlah duhai hati, kerna hanya itu yang aku mampu lakukan ketika ini.