Isnin, 30 Mac 2015

Helena~Broken Angel


I'm so lonely, broken angel
Aku sangat kesepian, bidadari yang terluka
I'm so lonely, listen to my heart
Aku sangat kesepian, dengarkanlah isi hatiku

Man dooset daram
Aku tlah mencintaimu
Be cheshme man gerye nade
Jangan biarkan mataku menangis
Na, nemitoonam
Tidak, aku tak mampu
Bedoone to halam bade:
Tanpamu aku gila

CHORUS
I'm so lonely, broken angel
Aku sangat kesepian, bidadari yang terluka
I'm so lonely, listen to my heart
Aku sangat kesepian, dengarkanlah hatiku
One and only, broken angel
Satu-satunya, bidadari yang terluka
Come and save me, before I fall apart
Datang dan selamatkanlah aku, sebelum aku hancur

To har jaa ke bashi kenaretam
Dimanapun kau berada, aku di sisimu
Taa aakharesh divoonatam
Hingga akhir waktu, aku tergila-gila padamu
To to nemidooni ke joonami
Kau, kau tak tahu bahwa kaulah hidupku
Bargard pisham
Kembalilah padaku

CHORUS
I'm so lonely, broken angel
Aku sangat kesepian, bidadari yang terluka
I'm so lonely, listen to my heart
Aku sangat kesepian, dengarkanlah hatiku
One and only, broken angel
Satu-satunya, bidadari yang terluka
Come and save me, before I fall apart
Datang dan selamatkanlah aku, sebelum aku hancur

La la leyli la la leyli la laaa...

CHORUS (2x)
I'm so lonely, broken angel
Aku sangat kesepian, bidadari yang terluka
I'm so lonely, listen to my heart
Aku sangat kesepian, dengarkanlah hatiku
One and only, broken angel
Satu-satunya, bidadari yang terluka
Come and save me, before I fall apart
Datang dan selamatkanlah aku, sebelum aku hancur

La la leyli la la leyli la laaa...

In Love With You

"In Love With You"
(with Angeline Quinto)

Just a gentle whisper, told me that you're gone
Leaving only memories, where did we go wrong?
I couldn't find the words then, but let me say them now
I'm still in love with you...

Tell me that you love me, tell me that you care
Tell me that you need me, and I'll be there
I'll be there waiting

I will always love you, I will always stay true
There's no one who loves you like I do
Come to me now
I will never leave you, I will stay here with you
Through the good and bad I will stand true
I'm in love with you

Now we're here together, yesterday has passed
Life is just beginning, close to you at last
And I promise to you, I will always be there
I give my all to you

Living life without you is more than I can bear
Hold me close forever,
I'll be there... I'll be there for you

I will always love you, I will always stay true
There's no one who loves you like I do
This I promise...
I will never leave you, I will stay here with you
Through the good and bad I will stand true
Hold me closer...

Our love is forever, holding us together
Nothing in this world can stop us now
Love has found, love has found a way
Yeah... love has found a way

I'm in love (I'm so in love), I'm in love
I'm so in love, in love
I'm so in love with you

Jumaat, 27 Mac 2015

~ Cinta ~

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Kenapa mesti ada perasaan macam ni. Salahkah dengan apa yang aku rasa?? 

Kenapa terlalu sukar untuk memahami semua ni atau aku sendiri yang sukar untuk difahami??

Aku tahu aku mampu dan aku kuat untuk berhadapan dengan semua ni, tapi kenapa masih ada air mata yang gugur kebumi?? 

Aku kena terima andai bukan dia. Aku kena terima sesiapa jua. Aku kena belajar terima walaupun aku tahu susah untuk aku terima. 

Kenapa aku suka dia? Apa yang dia ada sampai aku terbuka hati untuk kenal dia? Layak ke aku untuk terus berada disisi dia? 

Tabah, sabar, cekal, kuat, senyum dan berserah kepada Allah.. InshaAllah semua akan terjawab jua nanti.

Rabu, 25 Mac 2015

Kuih Bakar Pandan

Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan air
3 biji telur
5-6 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
1) Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender. Kisar sehingga hancur dan sebati. 

2) Oven ~ Tapiskan adunan ke dalam loyang yang sudah digris dengan marjerin, taburkan sedikit bijan ke atas adunan. Bakar dalam oven 180C selama satu jam atau sehingga kuih bakar masak.
3) Pemanggang Ajaib ~ Gris pemanggang ajaib. Tapiskan keseluruhan adunan terus kedalam pemanggang, taburkan bijan dan masak selama 15-20minit dengan api yang paling perlahan. Setelah isi kuih sudah masak, terbalikkan pemanggang dan biarkan selama 5 minit untuk mendapatkan warna keperangan pada atas kuih. Dah siap!! 

Kuih Bakar Pandan Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair 
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau - saya guna pes pandan
Sebagai hiasan - sedikit bijan

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
2. Blender hingga sebati. 
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya. Taburkan bijan (jika suka).
4. Bakar selama 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak @ garing bolehlah tambah masa membakar. Saya bakar selama 1 jam untuk menghasilkan kerak yang banyak.

Kuih Puteri Ayu

1. Kuih Puteri Ayu
Bahan²:
- 3 biji telur
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 1 cawan santan
- 1 tsp ovellete
- 1 tsp pewarna hijau/perasa pandan
- kelapa parut putih (digaul dgn sikit tepung gandum dan garam)

Cara² :
- Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi
- Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
- Isikan kelapa putih dalam acuan (suku), tekan² sikit supaya mampat
- Tuangkann adunan sampai penuh acuan
- Kukus lebih kurang 7 minit

2. Kuih Puteri Ayu (55biji)
Bahan2
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air)
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa (1 biji kelapa parut + 2 sudu teh garam + 1 sudu mkn tepung ubi)

Cara-cara
Ayak tepung & baking powder ketepikan.
Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
Masukkan ovelette & pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
Masukkn tepung sedikit demi sedikit berselangseli dgn santan sehingga habis.
Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dlm acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

Assalamualaikum..

Wahhh..lamanya aku tak conteng apa~apa kat sini. Mungkin disebabkan aku mengejar masa untuk siapkan akaun kot. Sekarang Alhamdulillah, satu akaun dah siap tinggal akaun tempat keje ni je tengah siapkan. Tapi dia tak banyak cuma nak adjust tu yang ambik masa sikit. InshaAllah, minggu nie mesti siap. 

Bulan febuari a.k.a bulan 2 tak ada apa-apa pun updated sebab waktu sangat cemburu kat kita..Cewahh, padahal diri sendiri yang tak susun waktu dengan baik. Hahaha~

Hujung bulan 1 my beloved brother tunang. Aku pun tak pasti apa perasaan aku, cuma aku berdoa jika itu yang terbaik untuk abangku dunia n akhirat semoga semua dipermudahkan Allah. Aiman masih tak boleh terima, kakak Fariha dan Fatin Alhamdulillah dah boleh terima sikit. Aiman sorang je masih susah sikit, tapi aku percaya Aiman boleh terima cuma ambik lebih masa. 

Baru aku tahu sebenarnya anak lelaki ni lebih keras sedikit hatinya, kita sebagai ibu bapa nie kena pandai pujuk dengan cara yang betul untuk faham mereka. InshaAllah, aku akan doakan yang terbaik buat kalian. Fariha, Aiman, Fatin, mama ayu sayang kalian sangat2. 

Fad adik arwah dah kawen pun, dia buat majlis dekat UIA. Aku jumpa opah, atuk, mak-mak saudara arwah. Ibu kenalkan aku kawan arwah, means cinta hati dia. Tipulah kalau aku tak rasa apa-apa kan, tapi aku tetap senyum, senyum dan senyum. Walaupun hati ini rasa nak menangis. InshaAllah hati ini dah benar2 boleh terima dia dah pergi buat selamanya. Aku yang masih hidup ini, diberi peluang untuk sentiasa bertaubat kepada Allah. InshaAllah. Buat arwah doa saya akan sentiasa ada untuk awak. 

Jumaat 30.01.2015 ~ Hari pertama aku beranikan untuk keluar dengan someone. Dia call ajak keluar, memang terkejut sampai semua organ dalaman aku rasa nak terkeluar.Hahahaha~ Setelah 5 tahun, ini kali pertama aku nak keluar berdua dengan seorang lelaki. Bukan mudah tapi aku cuba untuk kenal dia dengan lebih dekat lagi. Aku berdoa kepada Allah jika ini adalah jodohku, pinjaman kepadaku didunia dan akhirat yang boleh dekatkan aku kepada Allah semoga perjumpaan ini dipermudahkan dan dikekalkan dunia dan akhirat. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Walaupun aku rasa malu lagi, tapi tak adalah nampak sangatkan. hihihi

Pandangan aku terhadap dia ~ Dia tahu terlalu banyak perkara yang aku tak tahu. Dia menarik minat aku untuk aku kenal dia lagi. Dia banyak beri aku motivasi untuk aku "move on" yang selama nie aku rasa tak boleh dengan dia aku rasa boleh. Dia banyak cerita tentang apa dia buat. Alhamdulillah, dia bukakan minda aku untuk sesuatu yang baru. Suka.  

Aku bukan mudah untuk keluar dengan lelaki yang aku tak kenal nie tapi aku berserah kepada Allah jika dengan dia buat aku selesa, jadi diri aku yang sebenar semoga semua dipermudahkan. Itu sahaja. 

Cukuplah dulu, nanti aku sambung story lagi ye. Kalau nak cerita pasal dia, sampai kesudah tak habislah.. hehehe