Rabu, 1 Januari 2014

2014 ~ 2014 ~ 2014


Selamat Tahun Baru
Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang untuk terus bernafas ke hari ini. 
Macam tak percaya dah 2014, umur pun dah semakin meningkat nie. 

Setiap kali tahun baru, mesti ada azam baru kan. Macam biasa azam yang 1 tu aku akan terus kekalkan. HeHeHe

Tapi walau apa pun, aku akan terus memperbaiki diri selagi ALLAH memberi peluang. 

"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dah hari esok lebih baik dari hari ini" 

Jadi untuk menjayakan perkara tersebut aku kena berusaha keras nie. :)

Semoga kita semua akan mendapat hidayah dan rahmatnya untuk terus mendalami Islam selagi kita masih bernafas di bumiNYA ini. 

Terlalu banyak yang aku ingin memperbaiki diri. 

Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi hambamu ini peluang lagi. Terima Kasih, kerana menutup segala keburukkan hambaMu ini. Terima Kasih kerana menguniakan kedua ibu bapa dan keluarga yang bergitu menyayangi diri ini. 

Aku akan lepaskan dia pergi, dan aku nak mulakan hidup yang baru. Lepaskan dia pergi bukan bermakna aku tak ingat dia dah, tapi aku sendiri perlu mencari kehidupan baru. Cukup 5 tahun dia tinggalkan aku, sama juga dengan usia perkenalan kami 5 tahun (2004-2009). 

Buat seseorang, saya maafkan awak selamanya. Saya doakan agar awak akan kekal bahagia dengan pilihan awak. Saya bahagia sekarang nie, bahagia dengan kehidupan saya. Saya sentiasa doa, agar saya dijauhi dari awak dah. Cukup sekali kita kenal, dan kita pisah. Saya percaya pada Jodoh yang ALLAH tetapkan. :) 

Alhamdulillah, Allah kenalkan saya dengan 2 oarang insan yang berlainan watak dan cara, Allah uji saya dengan pelbagai bentuk tapi saya rasa bahagia hingga ke hari ini. Semua ujian tu adalah untuk mematangkan, menguatkan, tapi yang paling penting mendekatkan diri saya padaNYA. :) 

Wahh, macam buat ucapan tertutup plak kan... Hihihi

p/s: Selagi kita masih mempunyai ibu bapa yang hidup, kita mesti doakan mereka. Jika mereka telah pergi meninggalkan kita, Kita lagi perlu mendoakan mereka. Kita kena ingat tanpa mereka kita tak mungkin akan hadir didunia ini. 

So, Terima Kasih tu My beloved Parents.. Love u forever n ever.. Dunia n akhirat.. :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan