Rabu, 19 Februari 2014

Sahabat vs Kawan



Sahabat... Sahabat...Sahabat.. 

Terlalu banyak maksud yang disampaikan. Tapi bagi aku sendiri sahabat & kawan adalah 2 perkara yang berbeza. 

Pendapat aku sendiri, SAHABAT tu walau tidak selalu bersama, walau tidak selalu berhubung ia akan kekal dihati. 

Tapi KAWAN nie senang je nak cari, duk tunggu bas pun boleh dapat kan. 

Sahabat sejati, yang akan kekal selamanya sukar untuk ditemui. Bagaikan mencari mutiara di dasar pasir. Nampak semuanya sama, tapi ada 1 yang membezakan ia, iaitu nilai sesebuah persahabatan. 

Aku sangat menghargai sahabat aku sendiri & ramai yang aku anggap sahabat. Sebab aku rasa tak boleh kalau dia jauh dari aku. Waktu sekolah, belajar & kerja. 

Sahabat facebook pun ada, tapi tak ramailah. Sebab laman sosial nie bukan boleh percaya sangat. Cuma yang aku dah kenal sahaja aku sayang sangat2. HeHeHe

Tapi yang aku akan ingat sampai bila-bila Diyana, Julie, Sue, Mah, Suzie, Syada, Siah.. Nie zaman sekolah sampai sekarang masih berhubung walaupun ada yang antara kami dah tawen. aku dah jadi aunty pun. 

Waktu zaman belajar, kami berlapan lah... Mie, Syikin, Diya, Shima, Ija, Mai, & Mira. Cuma yang berlapan nie, aku masih contact ngan Mie, Syikin, Diya n Ija yang lain tu macam sibuk je.

Tapi tak lupa buat Zue, Ct a.k.a adik, ita & gda. Mula-mula masuk study mereka lah teman sebilik aku n sampai sekarang jugak. Sama-sama buat nakal, minum tengah2 malam, selalu tak pergi turun events. Tapi seronok sangat2. 

Walau dimana kalian berada aku tetap ingat kalian. Tak pernah sekali pun aku lupa tau. :) 

Facebook, yang aku selalu contact kakak kesayangan aku lah kak Aida. Dia selalu ada ngan aku, kalau aku sedih, happy dia selalu ada. Tapi dia nie suka sangat suruh aku tawen. HeHe Bukan aku tak nak, tapi tak sampai masanya lagi. InshaALLAH tahun nie aku nk tunang hujung2 tahun nanti dengan siapa itu semua rahsia lagi. 

Tapi tak lupa juga buat, adik tecit Ida, Wanie, umi Zana, Umi Zai, Kak fathia, kak inn, Kak ayu & sara. Mereka nie selalu gak wat aku rasa rindu nk jumpa. Tapi dengan kekangan masa n waktu aku sendiri tak terkejar untuk semua tu. 

Waktu kerja, hanya yana n kak liya. Susah senang semasa, menangis bersama n ketawa pun bersama. Eh, macam lagu plak kan. hehe

Aku rindu saat-saat kami bersama dulu. Kadang2 bukan nak ingat semula tapi memang akan teringat walaupun xda niat pun. Ish, ayat putar belik sungguh kan. HihiHi

InshaALLAH waktu aku tawen nanti i hope semua mereka nie akan datang. Terubat sikit rindu nie. Panjangnya aku berceloteh hari nie, mentang2 incik bos tak da disebelah boleh lah.. hehe 

Ok lah. Stop for today. Penutupnya...  

Walau apa pun, as a.k.a ayu sayang kalian. Dunia n akhirat. Amin. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan