Selasa, 13 November 2018

Nota : 30.04.2012

Kadang-kala ingin sahaja aku melangkah jauh, meninggalkan segala-gala yang telah kita bina. Namun, entah kenapa hati kecilku ini sering menolaknya. Kenapa ini semua terjadi kepada diriku? Dimana aku yang dahulu, sentiasa bahagia, sentiasa mengembirakan semua orang disekeliling. Aku bagaikan terkurung dengan perasaanku sendiri. Apa yang harus aku lakukan jua aku tidak mengerti. 

Aku keliru, aku tak sekuat yang disangka. Kenapa aku harus laluinya buat masa ini. Kenapa saat aku ingin mengecapi bahagia, ia hadir semula. Aku penat, dengan semua ini. Aku ingi pergi jauh dari semua ini. Kenapa aku masih disini, sedangkan hatiku bukan disini lagi. 

Senyuman aku yang terukir hanya satu sandiwara, untuk menutup segala keresahan yang sedang dihadapi. Dimana aku yang dahulu, dimana aku sekarang?? Sampai bila aku harus menjadi lakonan di atas pentas ini. Aku sudah penat untuk terus bergini, 

Jujur Aku Mencintai Kamu

Aku mencintai kamu,
Tidak tahu lagi bagaimana inginku sampaikan,
Hati ku berkata yang aku mencintai kamu,
Puas aku menolaknya,
Namun terlalu payah aku rasakan,
Bagaimana cara untuk aku sampaikan,
Aku takut dengan bayang-bayangku sendiri,
Aku takut pandanganmu terhadapku,
Aku takut kehilangan kamu,
Aku terlalu takut semua kebarangkalinya,

Bila masa aku menyanyangi kamu,
Aku sendiri tidak sedar,
Namun sekarang,
Saat ini,
Hanya kamu sentiasa difikiranku,
Hanya kepada Allah SWT,
Aku memohon pertunjuknya,
Jika kau adalah jodohku,
Aku akan menerimanya,
Andai dia adalah Jodohku 
Yang akan membawaku ke SyurgaMU
Dekatkanlah aku dengannya.

Hanya Kamu ~ YH~

~ Kasih Aku Korbankan ~

Perlukah aku korbankan kebahagiaan yang aku ada untuk orang lain. Adakah pengorbananku ini betul-betul ikhlas. Sampai bila harus aku melakukan segala-galanya hanya untuk kebahagiaan orang lain. 

Faris ~ Aku tahu kau tidak mungkin dapat lupakan dia selama-lamanya, tapi tak salah kalau kita mulakan dari awalkan? Kerna hanya aku sahaja yang memahami kamu. Izinkanlah aku untuk membahagiakan kamu walau hanya sedetik cuma. Jika kita telah mencuba tapi memang DIA tidak mengizinkan kita untuk bersama akan aku lepaskan kamu dengan cara yang terbaik. Tapi tidak salah untuk kita mencubakan??

Asmida ~ Haruskah aku korbankan segala kebahagian yang bakal aku mulakan, demi memenuhi permintaan terakhir dia. Adakah kebahagian akan aku perolehi selepas ini. Bagaimana jika kamu jua akan pergi mengikut jejak dia. Adakah hati ini kuat untuk berhadapan dengan segalanya untuk kali yang ketiga. Maafkan aku jika perbuatan aku ini akan melukakan banyak hati, namun aku harus pergi meninggalkan segala kenangan itu.

Hafizol ~ Walaupun kasih kita telah mula mekar, namun tanpa izinNYA kita tidak mungkin akan terus bersama. Hadirnya kamu untuk pinjaman kepadaku, tapi kenangan itu akan aku simpan terus ke dasar hati. Jika kau tertulis untukku, pasti kita akan tetap bersatu. 

P/S: Jangan hidup dalam kenangan, kerna hanya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Siapalah kita untuk menghukum orang lain??


Sejak kita tahu untuk membezakan antara kebaikkan dan keburukkan, bukan bermakna kita tidak pernah melakukan kesilapan lagi. Tapi bagaimana cara kita memperbaiki kesilapan tersebut? 

Kita bukan sesiapa pun, kita semua tidak sempurna. Kita hamba Allah yang mempunyai kekurangan dan kelebihan. Tapi kadang-kala saya terfikir juga, bagaimana cara untuk saya tidak melakukan sebarang kesilapan pada keputusan yang diambil. 

Bila saya berada pada bahagian pengurusan, saya selalu hadapi masalah untuk membuat keputusan. Kadang ia adalah untuk kebaikkan semua orang disekeliling saya. Saya tak tahu mana satu orang yang berkata benar, sebab saya tidak berada pada tempat kejadian. 

Ya Allah, bantulah hambaMU ini dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan fitnah. HambaMU ini takut jika apa yang dikatakan boleh melukakan hati manusia lain. 

~asmaisya~ 

Jumaat, 19 Januari 2018

Buat Suamiku~


Saat seorang wanita telah memilihmu,
Bererti dia telah meletakkan kepercayaan akan kepimpinanmu,
 
Saat seorang wanita mencintai daya dan kemampuanmu,
Bererti dia sedang siap untuk berjuang bersamamu.
 
Saat seorang wanita telah menerima lamaranmu,
Bererti dia telah siap sedia menerimamu apa adanya.
 
Maka jagalah dirinya,
Kerana disitu telah tergenggam satu amanah dan kehormatan, 
mengenal agama, mengetahui dosa pahala, 
kerana rahimnya nanti jua tempat melahirkan putera puteri mu
 
Muliakanlah dirinya, 
kerana dia adalah antara salah satu jalan Syurga 
untukmu dan anak-anakmu kelak

InshaAllah ~ Duhai Suamiku

5 Langkah yang Isteri perlu lakukan Jika ~ Suami Curang

Ok.. Baca link kat bawah ye.. 

http://www.bidadari.my/suami-curang-5-langkah-yang-perlu-isteri-lakukan/ 


Isnin, 1 Januari 2018

2018~2018~2018

Assalamualaikum Semua... Hahaha 

Serius rindu nak updated setelah setahun tak ada up apa-apa berita kan.... Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Terlalu banyak kenangan... 

Ada manis dan ada pahitnya jua... 

Dan tahun 2017 jua banyak memberi aku pengajaran, pengalaman yang terlalu sukar digambarkan. 

Mungkin ada masa aku akan up sedikit-sedikit disini ye.. 

Kerna kenangan itu tidak mungkin dapat aku lupakan ia...

So, sekarang ni kita perlu maju ke hadapan.. tak nak pusing belakang dah ok.. hehehe


Ahad, 16 Oktober 2016

Travel to Kundasang, Sabah

Assalamualaikum... So long no come this pages. I miss all moments. hihi

Now i just want to share budget travel to Kundasang, sabah for 2 person. 


(Suka hati aku je cakap kan) hahahahaha~

12hb - 15hb October 2016


Flight to KK (Include Baggage)  : RM 192.00 / Person (Tiket dapat harga RM140)

Rumah : RM 150.00 (Seorang) x 2 = RM 300.00 + RM 33.00 (Sebab rumah dah book jauh sangat ke pendalaman, seram nak masuk) hahaha
Kereta Sewa : RM 150.00 (Seorang) x 2 = RM 300.00
Minyak : RM 50.00

Total : RM 550.00 Seorang x 2 = RM 1,100.00


Ok tu je. Semua tidak termasuk belanja makan & Shopping. 


Kita nak cerita sampai sana pukul berapa dan macam mana boleh sampai kundasang sehingga balik KL semula.


Kami naik flight pukul 9.30 dari KL dijangka sampai sana pukul 12.30 tengahari.

Kereta sewa dah tunggu semasa kami sampai disana. Kami pusing bandar KK dulu cari maybank, lepas tu tak lepas juga. Ok yang ni memang masalah aku. (Urusan kerja tak habis2) hahahaha

Lepas keluar dari Maybank, aku terus ajak Ama pergi makan dekat Medan Mara kot tak salah aku. Tapi dia ada foodcourt, aku yang memang memilih sangat bab makan ni makan nasi n ayam goreng je. Hahaha


Selepas makan, kami isi minyak dan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Pakai waze entah mana2 dia bawak kami. Tapi nasib baik memang niat nak travel so redah jelah. 


Dah nampak Nickgold (Bilik sewa), tapi disebabkan rasa tak yakin. Aku ajak ama keluar semula sebab jalan dia memang seram giler kot. Last2 waze memang tunjuk ke situ. Kami masuk sampai dalam & akhirnya memang situlah tempat dia. 


Bawah ni antara view waktu pagi yang aku ambil dari bilik. Seawal jam 6 pagi matahari dah terik macam tu. Kalau kat KL baru nak masuk subuh. 




Desa Dairy Farm 
Antara tempat yang kami datang 2 kali. Tak tahu macam mana nak digambarkan bertapa cantiknya pemandangan yang Allah anugerahkan untuk kami melihatnya. Cuaca panas tapi angin sangat kuat. Serius rasa tak nak balik bila duduk disini. Tapi tanggungjawab masih di Semenanjung jadi kita tinggalkan sesuatu yang indah untuk dikenang. 


Kundasang War Memorial
Kalau dari bulatan kundasang, kita akan nampak War Memorial ni disebelah kanan. Tapi disebabkan kami dari Desa Farm dia berada disebelah kiri selepas turun dari bukit Desa Farm. Pemandangan disini pun masih cantik. 



Kami akan menuju ke Ladang Teh Sabah. Dari War Memorial tu menuju ke Ranau, tepi jalan penuh dengan orang jual buah & sayur sama seperti di Cameron. Tapi kalau rasa nak cari buah yang pelik2 sila singgah ye. Memang menarik untuk kita rasa makanan disini. 

Ladang Teh Sabah & Poring Hot Spring
Ladang teh sabah tidaklah sehebat ladang teh di Cameron. Disini dia masih banyak menggunakan peralatan lama. 

Poring Hot Spring - Terdapat 3 tempat yang kita boleh kunjungi bila masuk ke sini. Tapi disebabkan kami kesuntukkan masa. Jadi kami hanya pilih untuk naik ke jambatan gantung dan mandi air panas dalam bilik ok. Harga tak mahal sangat, masih mampu untuk kita bayar. Gambar yang terakhir tu, kami main behenti tepi jalan je. Saja nak ala2 di luar negara sikit. Tapi memang sangat cantik. SubhanAllah, semua adalah ciptaan Allah SWT.


Kota Kinabalu Park


Rumah Terbalik Borneo / Muzium 3D / Jambatan Tamparuli


Desa Rhu (Makan Tengahari sebelum balik).
Koleksi tiket semasa di Sabah & buah yang kami beli semasa dalam perjalanan menuju ke Ranau. 


Tiada apa yang dapat diungkapkan kecuali Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi aku peluang untuk melihat dan merasai apabila berada ditempat orang. Walau dia masih di Malaysia tapi suasana dan keadaan tidak sama di Kuala Lumpur atau semenanjung. Jika masih diberi peluang nak sangat aku pergi travel bawak mak, apak & semua adik beradik. 

Ya Allah, semoga Allah SWT memberikan aku rezeki yang melimpah ruah untuk aku salurkan kepada saudara seagama denganku. InshaAllah. ~ Love As~

Selasa, 9 Ogos 2016

Puding Roti Sos Kastad

Puding Roti

Bahan A
3 Cawan Susu Segar
2 Biji Telur
4 SB Gula (ikut keselesaan nk kurangkan atau lebihkan)
2 SB Mentega
6-8 Keping Roti
1 Kotak Kismis

Cara2
Panaskan Bahan A diatas dapur sehingga sebati
Koyak2 roti dan diisi didalam bekas
Masukkan Bahan A tadi di atas roti
Taburkan kismis di atas roti yang telah diisi dengan Bahan A
Bakar 200’C (45 minit) – ikut jenis oven

Sos Kastad

Bahan B
1 Tin Susu Cair
¾ Cawan Air
2 SB Gula (ikut keselesaan nk kurangkan atau lebihkan)
2SB Tepung Kastad

Masak sehingga pekat

Boleh dihidang bersama dengan roti yang telah dibakar tadi

Sabtu, 30 April 2016

April 2016

Ni pic masa pergi Dinner waktu mula2 yana dapat keje dekat putrajaya. Masa ni yana ada buat part time kat ryverra, lepas tu dia tak tahu jalan nak ke putrajaya kalau bawak kereta. So, nak dijadikan cerita aku pun hantarlah dia sampai ke putrajaya. 
Sebab tu kami dapat dinner bersama lagi selepas 3 tahun. 


Ni masa kak Liya tido dekat umah, jadi kami ajak nani sama2 keluar untuk makan malam bersama. Bersyukur sangat sebab tahun ni banyak sangat masa dapat jumpa mereka semua semula. Lupa plak, masa ni kak Liya datang nak bagi kad kawen dia. Emm..Macam tak percaya je kak liya dah nak kawen masa tu. Serius suka + sedih. Hahaha 


Taraaa..Ni masa kak liya kawen, serius aku memang happy sampai rasa nak menangis. Akhirnya kak liya kawen jugak, walau macam2 halangan. Alhamdulillah

Masa ni aku tido umah Yana malam tu terus gerak ke Kota Bharu sebab esoknya Amin kawen. 

Doa as, Semoga kak liya & suami akan terus kekal bahagia bercinta sampai ke Syurga. Dikurniakan anak-anak yang soleh n solehah.. Aamiin 

Doakan kami yang bujang ni sampai ke jinjang pelamin jugak ye.. hehehe 


Rabu, 20 April 2016

Maksud Tarikh Lahir

Maksud tarikh lahir... HeHeHe.. tapi semua nie jangan percaya sangat tau, yang Positif atau Negatif jadikan ia satu cabaran, jangan fikir semua nie betul, sebab saya pun ambik kat Mr.Google jugak.. :)

Maksud Tarikh Lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Ahad, 31 Januari 2016

Travel to Langkawi

Salam, Bajet to langkawi ni aku buat untuk 3 orang. So kira sangat2 berbaloii lah.. Bab kata kawan aku, yang penting makanan dia memang sedappp... hahaha

Sorang aku collect RM 350.00 x 3 = RM 1,050

Pergi Naik flight : RM 321.00 (3 orang termasuk baggage 20kg waktu pergi) 
Balik naik KTM  : RM 228.00 (sebab saje nak merasa konon2nya)
Room + Kereta : RM 300.00
Minyak Kereta : RM 30.00 (tak habis pakai pun, kira sedekah jelah kat akak tu)
Teksi : RM 30.00 (Dari ferry to KTM Arau)
Ferry : RM 60.00
Lain2 Kos : RM 81.00 

Total : RM 1,050.00

Perbelanjaan sebenar tak pasti, tapi kami boleh pakai duit tu untuk makan mula2 sampai, makan malam, makan pagi n makan tengah hari, makan malam hari seterusnya dan aku pulangkan semula pada kawan2 RM 3.00 seorang. So boleh fikir bertapa murahnya makanan kat sana. Dah lah murah, sedap pulak tu.. hehehe


January 2016

Assalamualaikum, disebabkan kekurangan masa yang ada jadi saya summarykan semua memori dalam 1 bulan. 

13(Rabu) - 15(Jumaat) 01.16
Masa untuk travel ke langkawi, bersama Ama & Nor. Memang excited sangat2 waktu kat sana. Tapi biasa lah ada masa nak marah tak tentu pasal pun ada gak. hahaha Semua nk ikut kepala sendiri kan. Nanti sy masukkan bajet untuk ke langkawi ye. hehehe

19.01.2016
Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun kami tak jumpa kami dapat dinner bersama lagi. Memang sangat teruja tau. Bukan senang nak jumpa si mimi tu.. hehe


Tak banyak sangat yang aku ingat sebab diri sentiasa sibuk dengan kerja, nak sangat kan. hahahaha dah Allah makbulkan doa tu. Ambik kau.. :D



Jumaat, 1 Januari 2016

2016

Happy new yearssss..

Sekejap sangat masa berlalu dah masuk tahun 2016. 

Apa azam tahun ni?? 

Tiap2 tahun mesti tanya soalan yang sama je, so for this year aku tak ada azam pun cuma aku ada perkara lain nak buat. 

1. Nak mulakan hidup yang baru. 
2. Kena kuatkan minda, fizikal & mental.
3. Nak fokus pada kerjaya aku dulu
4. Jodoh semua dari Allah, malas nak fikir lagi
5. Nak kuatkan iman & agama

Tu jelah dulu, sebab ada korojer nie.. hehehe

Ahad, 27 Disember 2015

Cinta

Cinta, Cinta, Cinta

Ia hanyalah satu ungkapan yang tiada apa makna pun, semua orang mampu untuk mengungkapkan kata cinta namun bukan semua faham dan mengerti apa yang mereka katakan.. 

Bagi aku cinta itu terlalu istimewa bukan semua orang mampu untuk merasai detik2 itu. Tapi untuk aku memulakan cinta yang baru bukan mudah. Mungkin aku akan terima seseorang itu hanya kerana kasih, simpati dan akhirnya baru aku belajar untuk mencintai dia semula. 

Aku percaya andai cinta ini hanya untuk Allah, pasti Allah hantar seseorang yang cintanya jua untuk Allah.. Andai masih ada cinta untuk Allah, selama itulah cinta ini ada untuk kamu.. Siapa kamu.. Kamu adalah imamku, ayah anak2ku, temanku, sahabatku, dunia dan akhiratku.. 

Terima seseorang demi masa depan anak2ku mungkin itu yang akan aku lakukan. Masih ada ke cinta yang indah tanpa rasa sakitnya... hehehe 

Kesusahan pasti kesenangan.. Sabar hadapi segalanya.. Berserah hanya kepada Allah.. Insha Allah.... 

Akan aku berikan rasa ini hanya untuk kamu suamiku dunia akhiratku.. Amanah untukku didunia agar kita kekal bahagia diSyurga...Aamiin...

Dilwale 2015 (SRK & Kajol)

Kisah percintaan yang terhalang kerana dendam lama. Bila cerita SRK & kajol confirm ai akan tengok.. Tak tahu kenapa feel dia terasa lain lepas tengok cerita nie. Rasa sedih, suka, duka semua ada.. Hahahaaha cerita je pun... :p 





Prem Ratan Dhan Payo ~ song

Lagu2 dalam cerita Prem Ratan Dhan Payo. Kisah kekeluargaan yang sangat kuat. Suka sangat, walaupun pergi tengok cerita nie terpaksa layan kawan tapi sangat berbaloii.. Sedapppp.. layannnnn... hehehe



Story 2015

Assalamualaikum......

Lamanya tak updated pape kat sini, banyak cerita yang nak share dengan kamu sebenarnya tapi masa selalu cemburu dengan kita lah...hahaha tak ada lah, saya dah tukar keje jadi sekarang keje terlalu banyak yang perlu diselesaikan. 

Hari nie ahad (27.12.15) saya di pejabat, jadi saya gunakan masa rehat yang ada nie untuk hilangkan semua semak samun yang ada di pages saya nie.. hahaha 

Tahun 2015 nie terlalu banyak suka duka yang saya alami. Bagi saya selagi kita bernafas dia bumi Allah ini semua itu adalah kekuatan untuk masa akan datang. Kalau dah rasa tak nak hadapi semua nie kena tunggu mati tiba pasti kita berhenti didunia dan sambung diakhirat yang akan kekal selamanya. 

Owhh..tanganku ini dah terasa keras sebab lama tak menaip banyak2 benda. Lama tak exercise.. 

Seperti tahun lepas, saya akan buat semua preview untuk tahun nie tapi saya tak pasti bila dan saya harap sempatlah saya buat sebelum habis tahun 2015 nie.

Saya akan post beberapa lagu citer hindustan, habislah bila mood tu dah sampai.. penuh dengan lagu jelah. 

Kadang-kadang terasa sunyi walaupun family, kawan2, rakan kerja sentiasa ada. Mungkin teman untuk berkongsi semua cerita tu tiada lagi kot. Tengok baby, terasa sangat nak melahirkan anak sendiri dari rahim sendiri. Tapi masanya masih belum tiba lagi, terpaksalah bersabar kan.. hehe 

Ok, nanti kita sambung dengan preview sepanjang tahun ye.. Saya nak simpan semua disini sebagai backup je.. hehe
wassalam..  

Jumaat, 2 Oktober 2015

KUIH SAGU MATA IKAN

KUIH SAGU MATA IKAN

Bahan-bahan membuatnya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)

Cara-cara membuatnya:
1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama gak ahh masa yang diambil.so bersabar bebanyak k.
7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9. Siap untuk dihidangkan

Rabu, 12 Ogos 2015

Soto Ayam & Sambal Cili

Soto Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk

Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.

Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.

Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur

Sambal Cili
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Cuka

Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.

Bahan bahan Lain:
Taugeh – celur
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil

Sambal Kacang makan bersama Lontong / Lodeh

Sambal Kacang

Segenggam kacang tanah
2 sudu besar cili - ikut suka pedas
Gula
Garam

Kacang tanah dibuang kulit dan digoreng tanpa minyak dan tumbuk. Panaskan minyak dan goreng cili sehingga betul betul garing. Masukkan gula dan garam.

Masukkan kacang tumbuk dan sedikit air. Sesuaikan rasa.

Sedia dihidangkan bersama nasi impit, kuah lodeh,telur rebus dan tempe goreng.

Kuah Lontong / Lodeh

Lontong dan Kuah Lodeh Nur Qaseh Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang - potong 8
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.

Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

Rabu, 5 Ogos 2015

Hati???


Bila tengok bentuk nie ingat someone yang pernah wish gud morning dengan hati dia sekali. Memang hari tu sangat indah, bila setelah sekian lama tiada siapa wish me like this. Tapi yang indah itu hanya sementara, aku tetap bersyukur sebab masih merasai saat-saat itu. Bukan semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita, kerna hanya Allah swt sahaja yang mengetahu jika ia memang terbaik untuk kita atau tidak. Tapi kita mesti berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk kita, dengan iringan doa yang tidak pernah putus-putus. Jika bukan sekarang atau hari ini, kebaikkan itu akan datang pada masa akan datang. Insha'Allah 

Niatkan selalu dihati, apa yang kita lakukan ini hanya untuk kebaikkan dunia n akhirat. Tiada yang lebih indah jika disana(akhirat) nanti kita memperoleh kebahagiaan yang kekal selamanya....

Disini(dunia) semua hanyalah sementara, namun kita tetap perlu membuat semua kebaikkan untuk bekalan kita disana nanti. Buat baik kepada semua orang, doa yang baik-baik, pasti kita semua akan peroleh kebaikkan.. 

#notedformyself 

Adab VS Hukum??

Noted, untuk kita semua.

Jumaat, 24 Julai 2015

Riang Ria Raya


Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin.. 

Jom nak story mory sikit..hehehe Kita start cuti raya 16hb tapi 15hb kita dah balik kg naik bas dah. Kita balik ngan anak saudara, mokcik jumaah.. 

Tapi sebelum balik tu, kita ada jumpa someone nie sebab kita order biskut raya dengan dia. Mesti korang tak caye kan, kita boleh tangkap gambar berdua... Nak tengok tak pic orang tu.. 
Taraaa.. 

Kita bagi pic kecik je.. Pelik jugak, sebab dia kalau kuar ngan kita tak pernah nak main phone kecuali panggilan dari family je dia akan jawab. Tapi hari tu dia ambik phone, pastu dia kata nak take picture. Ada 1 picture kita x pandang, tapi lepas tu dia panggil, kita pandang nampak camera terus buat peace... hehehe Dapatlah gambar tu, kita dah pesan kat dia jangan masuk atau publish dekat mana-mana pun, tapi dia dengan senang hati p masukkan dalam group sek.. Amboii, suka hati betul lah dia kan.. #hot #taksuka 

Ada orang tanya kita, apa perasaan kita pada dia.. Sejujurnya kita suka dia, tapi untuk terus bersama dengan dia kita tak tahu.. Berserah hanya kepada Allah.. Sebab ada perkara pada dia yang kita tak berapa suka.. Tapi tak ada manusia yang benar-benar sempurna kan.. 

Kita cuma nak seseorang yang boleh terima diri kita seadanya. Terima family kita, terima semua kelebihan n kekurangan diri kita. Setia dengan kita sebagaimana kita sangat setia dengan dia. Kita nak sambung belajar, jadi lagi lah kita perlukan seseorang yang sangat memahami diri kita dengan kerjaya yang kita ceburi. 

Untuk dapat seseorang itu bukan mudah.. Dengan dia kita banyak makan hati je.. So, demi kebaikan banyak pihak kita lepaskan dia dari hati kita. Kita anggap dia hanya seorang kawan yang selalu kongsi masalah itu sahaja. 

Kita selalu doakan dia berjaya dalam perniagaan dia dan berharap kita jua berjaya dalam bidang kita. Semoga kami berdua akan sama-sama jumpa orang yang boleh terima diri kita seadanya.. Insha'Allah. 

Jumaat, 3 Julai 2015

IKAN BAKAR

IKAN BAKAR 

SAMBAL IKAN BAKAR
Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Asam Jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.

CARA MEMBAKAR IKAN
Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil

Ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yang telah dibakar.

SOS BLACK PEPPER

SOS BLACK PEPPER By lina pg

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega

Cara-Cara:
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).
Masukkan kiub ayam, Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
Masukkan oregano.
Renehkan sebentar
Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

MASHED POTATO

MASHED POTATO By lina pg

Bahan-Bahan:
3 biji kentang besar (~1kg)
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar 
Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)

Cara-cara :
Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang)
Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam)

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP By : lina pg

Bahan - Bahan:
4 keping whole leg (debone)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil

Cara-cara
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

Black pepper sauce

Black pepper sauce

Bahan2 
3 cawan stock ayam ( rebus rangka ayam + batang celery + carrot + bawang kuning )
1/2 biji kiub lembu
3 sudu besar tepung gandum
1/2 biji bawang kuning ( dicincang halus )
1 ulas bawang putih ( dicincang halus )
1 helai daun bay
1 sudu kecil mix herbs
2 sudu besar olive oil
2 sudu besar butter
2 sudu besar crushed black pepper
1 susu kecil kicap pekat
3 sudu besar susu segar
Garam secukup rasa

Cara2 nk masak
* Panas kan periuk dan masukkan olive oil dan butter masak sampai butter cair..

* Kemudian masukkan bawang kuning masak sampai bawang layu dan masukkan tepung gandum kacau rata dan masak sampai adunan agak kering.

* Bila adunan dah agak kering masukkan bawang putih dan kacau rata, 

* Lepas masuk bawang putih kacau adunan sehingga tepung garing tp belum hangit ( seperti dalam gambar ), ( hati2 kaler yg sesuai adalah seperti kaler air cappuccino 

* Kalau tepung dah terlampau garing nnt, rasa nyer akan menjadi pahit so hati2, gunakan api yg kecil dan sentiasa di kacau.. 

* Biler tepung dah cukup masak.. Masukkan stock ayam sedikit demi sedikit sambil kacau supaya adunan tidak berketul. Masukkan bay leaf dan mix herbs dan kacau rata..

* Masukkan kicap pekat tuk bg kaler gelap dan juga kiub lembu, kacau rata. Bila sos dah mendidih sepenuh nyer dan tutup api..

* Keluarkan bay leaf ( letak tepi je tau jgn buang ). Masukkan sos td kedalam blender dan blend sampai bawang dan bahan2 lain hancur. Hati2 bile nk blend sbb kalau sos tu tgh panas bila kiter blend tu dia boleh terpercik keluar so cover lah ngan kain ek..

* Bahan blend td masukkan balik kedalam periuk dan buka api. Guna api kecil je tau..

* Masukkan daun bay td semula dan masukkan juga black pepper, ikut tahap kepedasan masing2.

* Kacau rata, masak sos sampai mendidih dan masukkan susu segar dan perasakan dengan garam, kacau rata dan siap tuk dihidangkan...

Masa mula2 masak sos agak cair ckit tp jgn risau sbb biler dia dah sejuk dia akan pekat sendiri..

Steak / Lamb Chop / Chicken Chop

Steak


Bahan2 tuk perap daging
1/2 kilo Daging 
1 sudu kecil pes halia + bawang putih
1/2 sudu kecil mix herbs
1/2 sudu kecil black pepper
2 sudu besar olive oil
1/2 sudu kecil serbuk pasti sedap
Garam secukup rasa

Cara2 nk perap
Bersihkan daging, letak dalam bekas, kemudian masukkan semua bahan2 dan gaul rata. Masukkan dalam plastik dan perap dalam peti ais 2- 24 jam.

Cara2 nk masak
Aku xbakar sbb xde grill so aku masak atas kuali je hehehhe.. Panaskan kuali, bila kuali dah betul2 panas masukkan daging yg telah diperap td, tunggu dlam 2-3 minit br terbalikkan, masak lg 2-3 minit, masak sampai seperti dalam gambar. Kalau korang nk well done masak ler lama ckit. Letakkan black pepper sauce dan sedia tuk dihidangkan.


Lamb chop

Bahan2 nk perap lamb
4 keping lamb shoulder ( bersihkan lebih kurang 1/2 kilo )
1 sudu kecil pes halia + bawang putih
1 sudu kecil mustard
1 sudu kecil juice lemon
1/2 sudu kecil mix herbs
1/2 sudu kecil black pepper
1/2 sudu kecil serbuk pasti sedap
2 sudu besar olive oil
Garam secukup rasa

Cara2 nk perap lamb
Campur semua bahan dalam mangkuk kecil dan kacau rata sampai minyak sebati ngan bahan2.
Letak lamb dalam bekas, dan tuang bahan2 perap td keatas lamb dan gaul rata. Letak dalam plastik dan perap dalam peti ais 2-24jam.

Cara2 nk masak
Panaskan kuali dan masak sampai lamb garing or mcm mana korang suker. Letakkan black pepper sauce dan siap tuk dihidangkan..


Chicken Chop

Bahan2 nk perap ayam
4 ketul ayam potong 8 ( dibersihkan berat lebih kurang 1/2 kilo )
1 sudu kecil pes halia + bawang putih
1/2 biji bawang kuning
1/2 sudu mix herbs
1 sudu kecil sos tomato ( aku guna yg KFC punyer dpt free hehhehe )
1 sudu besar lemon juice
2 sudu besar olive oil
1/2 sudu kecil black pepper
1/2 sudu kecil serbuk pasti sedap
Garam secukup rasa

Cara2 nk perap ayam
Masukkan semua bahan kedalam chopper or blender. Blend sampai hancur seperti dalam gambar. Andai kata blenda xmau jalan korang tambah ler olive oil lg, jgn sesekali tambah air.
Masukkan ayam kedalam bekas dan tuang bahan2 blender td, perasakan dengan garam. Gaul rata dan masukkan kedalam plastik perap dalam peti ais 2-24 jam.

Cara2 nk masak
Masukkan ayam dalam oven dan bakar selama 30-45 minit atau sampai ayam garing seperti dalam gambar. Suhu 180c. Letakkan black pepper sauce dan siap tuk dihidangkan..

Halooooo...

Last updated status sehari sebelum kali terakhir jumpa si dia. Sebenarnya aku tak rasa itu kali terakhir jumpa dia tapi xpelah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. :)

Aku ajak dia p jogging 24.05.15(Ahad) sebab aku dah lama tak jogging. Dia kata ok, sebab dia pun dah lama tak p gym. Nak dijadikan kisah, aku sampai situ kul 7.15 terus panas kan badan n start berjalan/lari/jalan/lari... Hahaha Aku dah wassap dia kata dah sampai, tapi nak tahu tak kul bape dia sampai, 8.45 pagi. Aku dah habis pusing n dah nak balik pun. 

Aku dah janji ngan acu nak p cari tudung untuk kenduri abg ma nanti. So, aku dah dekat kat kereta, aku nampak dia. Aku panggil dia tak dengar pun. Aku geram sangat, aku dah kata kalau tak boleh tak pe. Aku tak akan tunggu dia, tapi dalam masa yang sama aku tetap tunggu. Gilossss.. hahaha

Itulah kali terakhir aku jumpa dia berdua walaupun hanya 15 minit. Dia nampak lain sangat, ensem lain dari biasa. hehehehe

Bergitulah akhir cerita kami. Cewahh.. hahaha Kalau nak cerita pasal dia, keje aku tak siaplah.. Nanti ada masa aku sambung story mory ok.. hahaha 

Sabtu, 23 Mei 2015

Assalamualaikum

Hai..hai..hai.. Lama tak updated pape kan. So, now nak story sikit lah.. 

Start awal bulan 4 hari tu, dah ada GST so agak bizi dengan semua system dan semua keje. Tapi so far sekarang dah ok buat sementara waktu. 

Saya akan berhenti keje di syarikat Basikal. Sebenarnya syarikat tu ok, tak ada masalah apa-apa pun. Kerja tak banyak, tapi kadang-kadang fikir sampai bila nak teruskan hidup macam tu kan. Pergi kerja hanya untuk duduk, tengok facebook, main games dan tido je. Saya rasa gaji yang saya dapat tu tak berkat sebab tak laksanakan tugas dengan baik. 

Saya cagarkan diri untuk kembali kerja di Syarikat Coklat semula. Saya buat semua ini demi masa depan saya, saya nak siapkan semua kerja saya secepat yang boleh. Saya nak sambung belajar semula. InshaAllah bulan 9, sy akan masuk study. Jadi untuk itu, saya kena cari sesuatu yang betul2 sy mahir. InshaAllah saya boleh buat. 

Nanti sambung. bye


Rabu, 1 April 2015

Apa Yang Wanita Mahukan?

Hahaha.. topic menarik plak.. xpe kita baca dulu ye.. Nie pun just copy dari blog bawah nie link dia. Rasanya blog nie memang bestlah. hihi 

1. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

2.. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

3. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

6. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

7. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.

Noted: Aku pun rasanya inginkan suami yang macam nie. Kalau dapat bersyukur, tapi kalau salah 1 dari semua nie xda pun tetap kena terima siapa suami kita seadanya. InshaAllah. Dia yang akan bersama denganku sampai ke syurga.. Aamiin.