Hidup kat cnie penuh dengan dugaan.
Kadang-kala kawan sendiri pun susah nak percaya.
Kita ingatkan dia hanya nak keluar biasa, tapi sebenarnya ada tujuan lain.
Aku jadi macam orang dipukau,
Tak boleh melawan walaupun aku tak nak,
Terpaksa ikut semua arahan walaupun aku tahu menyusahkan orang lain,
Terpaksa buat perkara yang aku tak suka,
Terpaksa, terpaksa, terpaksa,
Walaupun aku rasa seolah-olah itu bukan aku.
Berlarutan hingga 1 minggu,
Selepas bonda tercinta datang,
Aku baru sedarkan diri sepenuhnya.
Sewaktu terkena,
Aku solat tapi macam tak solat,
Aku rasa jauh dengan Tuhan,
Menggejar dunia yang entah ke mana.
Perkara nie membuatkan aku sedar,
Mana betul-betul kawan n lawan.
Walaupun dah setahun berlalu,
Namun kesannya sampai ke hari ini.
Aku rasa bersalah atas beberapa perkara,
Walaupun aku memohon maaf,
Tapi perhubungan itu tak akan kembali seperti dahulu lagi.
Aku tahu semua tu salah aku,
Tapi aku tak pernah mintak pun semua nie terjadi pada aku,
Mungkin ini adalah satu dugaan untuk lebih mematangkan aku.
Aku bersyukur pada ALLAH SWT sebab memberi aku dugaan seperti ini,
Banyak perkara yang aku belajar dari apa yang berlaku.
Aku cuma berharap, agar semuanya kembali normal seperti dahulu lagi,
Walaupun aku tahu, ia tidak mungkin akan terjadi... :(
Kepada orang yang berkenaan, saya mohon maaf sampai ke hari ini saya masih tak mampu untuk selesaikan semuanya... Tapi saya JANJI akan saya tunaikan secept mungkin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan