Selasa, 18 Februari 2014

Terima Kasih Bonda


Entah kenapa kadang-kadang saya rasa, seperti bonda tidak nampak diriku pun. Saya telah anggap dia seperti ibuku sendiri. Saya ada buat salah ke, atau kerana satu perkara tu yang membuatkan dia berjauh hati dariku. 

Tapi  someone tu dah berjanji dengan aku yang dia tidak akan menceritakan kepada sesiapa pun. Tapi kenapa aku rasa seperti dia tidak jujur dengan aku. Aku seorang yang berpengang dengan janji. Cuma keadaan diriku ini, yang membuatkan aku terpaksa menunaikan janji itu terlewat dari apa yang aku rancang. 

Bonda, jika dengan sebab someone tu cerita kepada mu membuatkan bonda rasa saya ni seorang yang tidak menepati janji bonda salah. Saya berjanji dan akan menepatinya, cuma keadaan saya sekarang yang menyukarkan. 

Jujur jika saya buang bonda dari hidup saya, saya tahu bonda tak pernah kisah kan. Tapi saya, sekali saya dah sayang seseorang tu saya akan sayang dia selamanya. Tak pelah bonda, jika dengan mendiamkan diri buat bonda lagi bahagia, saya akan mengundurkan diri. 

Terima kasih, sebab pernah layan saya dengan baik suatu ketika dahulu. Saya sayangkan bonda, tapi mungkin bonda dah tak sayang saya lagi kan. 

Hati saya terguris, walaupun sedikit, Saya tak pernah salahkan sesiapa, semua salah saya sendiri sebab terlalu mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Sedangkan saya tahu siapa saya disini. 

Terima kasih, terima kasih, terima kasih bonda. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan