Jumaat, 19 Januari 2018

Buat Suamiku~


Saat seorang wanita telah memilihmu,
Bererti dia telah meletakkan kepercayaan akan kepimpinanmu,
 
Saat seorang wanita mencintai daya dan kemampuanmu,
Bererti dia sedang siap untuk berjuang bersamamu.
 
Saat seorang wanita telah menerima lamaranmu,
Bererti dia telah siap sedia menerimamu apa adanya.
 
Maka jagalah dirinya,
Kerana disitu telah tergenggam satu amanah dan kehormatan, 
mengenal agama, mengetahui dosa pahala, 
kerana rahimnya nanti jua tempat melahirkan putera puteri mu
 
Muliakanlah dirinya, 
kerana dia adalah antara salah satu jalan Syurga 
untukmu dan anak-anakmu kelak

InshaAllah ~ Duhai Suamiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan