Salam,
Kalau nak baca buka link di bawah
http://www.wahidnews.com/2016/03/menjadi-istri-kedua-pilihan-yang-salah.html
http://www.wahidnews.com/2016/02/berjuta-hikmah-di-balik-halalnya-poligami.html
https://percikaniman.id/2016/01/06/dosakah-menjadi-istri-kedua/
Selasa, 30 Januari 2018
Jumaat, 19 Januari 2018
Buat Suamiku~
Saat seorang wanita telah memilihmu,
Bererti dia telah meletakkan kepercayaan akan
kepimpinanmu,
Saat seorang wanita mencintai daya dan
kemampuanmu,
Bererti dia sedang siap untuk berjuang
bersamamu.
Saat seorang wanita telah menerima lamaranmu,
Bererti dia telah siap sedia menerimamu apa
adanya.
Maka jagalah dirinya,
Kerana disitu telah tergenggam satu amanah dan
kehormatan,
mengenal agama, mengetahui dosa pahala,
kerana rahimnya nanti jua
tempat melahirkan putera puteri mu
Muliakanlah dirinya,
kerana dia adalah antara
salah satu jalan Syurga
untukmu dan anak-anakmu kelak
InshaAllah ~ Duhai Suamiku
Isnin, 1 Januari 2018
2018~2018~2018
Assalamualaikum Semua... Hahaha
Serius rindu nak updated setelah setahun tak ada up apa-apa berita kan.... Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Terlalu banyak kenangan...
Ada manis dan ada pahitnya jua...
Dan tahun 2017 jua banyak memberi aku pengajaran, pengalaman yang terlalu sukar digambarkan.
Mungkin ada masa aku akan up sedikit-sedikit disini ye..
Kerna kenangan itu tidak mungkin dapat aku lupakan ia...
So, sekarang ni kita perlu maju ke hadapan.. tak nak pusing belakang dah ok.. hehehe