Ahad, 16 Oktober 2016

Travel to Kundasang, Sabah

Assalamualaikum... So long no come this pages. I miss all moments. hihi

Now i just want to share budget travel to Kundasang, sabah for 2 person. 


(Suka hati aku je cakap kan) hahahahaha~

12hb - 15hb October 2016


Flight to KK (Include Baggage)  : RM 192.00 / Person (Tiket dapat harga RM140)

Rumah : RM 150.00 (Seorang) x 2 = RM 300.00 + RM 33.00 (Sebab rumah dah book jauh sangat ke pendalaman, seram nak masuk) hahaha
Kereta Sewa : RM 150.00 (Seorang) x 2 = RM 300.00
Minyak : RM 50.00

Total : RM 550.00 Seorang x 2 = RM 1,100.00


Ok tu je. Semua tidak termasuk belanja makan & Shopping. 


Kita nak cerita sampai sana pukul berapa dan macam mana boleh sampai kundasang sehingga balik KL semula.


Kami naik flight pukul 9.30 dari KL dijangka sampai sana pukul 12.30 tengahari.

Kereta sewa dah tunggu semasa kami sampai disana. Kami pusing bandar KK dulu cari maybank, lepas tu tak lepas juga. Ok yang ni memang masalah aku. (Urusan kerja tak habis2) hahahaha

Lepas keluar dari Maybank, aku terus ajak Ama pergi makan dekat Medan Mara kot tak salah aku. Tapi dia ada foodcourt, aku yang memang memilih sangat bab makan ni makan nasi n ayam goreng je. Hahaha


Selepas makan, kami isi minyak dan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Pakai waze entah mana2 dia bawak kami. Tapi nasib baik memang niat nak travel so redah jelah. 


Dah nampak Nickgold (Bilik sewa), tapi disebabkan rasa tak yakin. Aku ajak ama keluar semula sebab jalan dia memang seram giler kot. Last2 waze memang tunjuk ke situ. Kami masuk sampai dalam & akhirnya memang situlah tempat dia. 


Bawah ni antara view waktu pagi yang aku ambil dari bilik. Seawal jam 6 pagi matahari dah terik macam tu. Kalau kat KL baru nak masuk subuh. 




Desa Dairy Farm 
Antara tempat yang kami datang 2 kali. Tak tahu macam mana nak digambarkan bertapa cantiknya pemandangan yang Allah anugerahkan untuk kami melihatnya. Cuaca panas tapi angin sangat kuat. Serius rasa tak nak balik bila duduk disini. Tapi tanggungjawab masih di Semenanjung jadi kita tinggalkan sesuatu yang indah untuk dikenang. 


Kundasang War Memorial
Kalau dari bulatan kundasang, kita akan nampak War Memorial ni disebelah kanan. Tapi disebabkan kami dari Desa Farm dia berada disebelah kiri selepas turun dari bukit Desa Farm. Pemandangan disini pun masih cantik. 



Kami akan menuju ke Ladang Teh Sabah. Dari War Memorial tu menuju ke Ranau, tepi jalan penuh dengan orang jual buah & sayur sama seperti di Cameron. Tapi kalau rasa nak cari buah yang pelik2 sila singgah ye. Memang menarik untuk kita rasa makanan disini. 

Ladang Teh Sabah & Poring Hot Spring
Ladang teh sabah tidaklah sehebat ladang teh di Cameron. Disini dia masih banyak menggunakan peralatan lama. 

Poring Hot Spring - Terdapat 3 tempat yang kita boleh kunjungi bila masuk ke sini. Tapi disebabkan kami kesuntukkan masa. Jadi kami hanya pilih untuk naik ke jambatan gantung dan mandi air panas dalam bilik ok. Harga tak mahal sangat, masih mampu untuk kita bayar. Gambar yang terakhir tu, kami main behenti tepi jalan je. Saja nak ala2 di luar negara sikit. Tapi memang sangat cantik. SubhanAllah, semua adalah ciptaan Allah SWT.


Kota Kinabalu Park


Rumah Terbalik Borneo / Muzium 3D / Jambatan Tamparuli


Desa Rhu (Makan Tengahari sebelum balik).
Koleksi tiket semasa di Sabah & buah yang kami beli semasa dalam perjalanan menuju ke Ranau. 


Tiada apa yang dapat diungkapkan kecuali Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi aku peluang untuk melihat dan merasai apabila berada ditempat orang. Walau dia masih di Malaysia tapi suasana dan keadaan tidak sama di Kuala Lumpur atau semenanjung. Jika masih diberi peluang nak sangat aku pergi travel bawak mak, apak & semua adik beradik. 

Ya Allah, semoga Allah SWT memberikan aku rezeki yang melimpah ruah untuk aku salurkan kepada saudara seagama denganku. InshaAllah. ~ Love As~

Selasa, 9 Ogos 2016

Puding Roti Sos Kastad

Puding Roti

Bahan A
3 Cawan Susu Segar
2 Biji Telur
4 SB Gula (ikut keselesaan nk kurangkan atau lebihkan)
2 SB Mentega
6-8 Keping Roti
1 Kotak Kismis

Cara2
Panaskan Bahan A diatas dapur sehingga sebati
Koyak2 roti dan diisi didalam bekas
Masukkan Bahan A tadi di atas roti
Taburkan kismis di atas roti yang telah diisi dengan Bahan A
Bakar 200’C (45 minit) – ikut jenis oven

Sos Kastad

Bahan B
1 Tin Susu Cair
¾ Cawan Air
2 SB Gula (ikut keselesaan nk kurangkan atau lebihkan)
2SB Tepung Kastad

Masak sehingga pekat

Boleh dihidang bersama dengan roti yang telah dibakar tadi

Sabtu, 30 April 2016

April 2016

Ni pic masa pergi Dinner waktu mula2 yana dapat keje dekat putrajaya. Masa ni yana ada buat part time kat ryverra, lepas tu dia tak tahu jalan nak ke putrajaya kalau bawak kereta. So, nak dijadikan cerita aku pun hantarlah dia sampai ke putrajaya. 
Sebab tu kami dapat dinner bersama lagi selepas 3 tahun. 


Ni masa kak Liya tido dekat umah, jadi kami ajak nani sama2 keluar untuk makan malam bersama. Bersyukur sangat sebab tahun ni banyak sangat masa dapat jumpa mereka semua semula. Lupa plak, masa ni kak Liya datang nak bagi kad kawen dia. Emm..Macam tak percaya je kak liya dah nak kawen masa tu. Serius suka + sedih. Hahaha 


Taraaa..Ni masa kak liya kawen, serius aku memang happy sampai rasa nak menangis. Akhirnya kak liya kawen jugak, walau macam2 halangan. Alhamdulillah

Masa ni aku tido umah Yana malam tu terus gerak ke Kota Bharu sebab esoknya Amin kawen. 

Doa as, Semoga kak liya & suami akan terus kekal bahagia bercinta sampai ke Syurga. Dikurniakan anak-anak yang soleh n solehah.. Aamiin 

Doakan kami yang bujang ni sampai ke jinjang pelamin jugak ye.. hehehe 


Rabu, 20 April 2016

Maksud Tarikh Lahir

Maksud tarikh lahir... HeHeHe.. tapi semua nie jangan percaya sangat tau, yang Positif atau Negatif jadikan ia satu cabaran, jangan fikir semua nie betul, sebab saya pun ambik kat Mr.Google jugak.. :)

Maksud Tarikh Lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Ahad, 31 Januari 2016

Travel to Langkawi

Salam, Bajet to langkawi ni aku buat untuk 3 orang. So kira sangat2 berbaloii lah.. Bab kata kawan aku, yang penting makanan dia memang sedappp... hahaha

Sorang aku collect RM 350.00 x 3 = RM 1,050

Pergi Naik flight : RM 321.00 (3 orang termasuk baggage 20kg waktu pergi) 
Balik naik KTM  : RM 228.00 (sebab saje nak merasa konon2nya)
Room + Kereta : RM 300.00
Minyak Kereta : RM 30.00 (tak habis pakai pun, kira sedekah jelah kat akak tu)
Teksi : RM 30.00 (Dari ferry to KTM Arau)
Ferry : RM 60.00
Lain2 Kos : RM 81.00 

Total : RM 1,050.00

Perbelanjaan sebenar tak pasti, tapi kami boleh pakai duit tu untuk makan mula2 sampai, makan malam, makan pagi n makan tengah hari, makan malam hari seterusnya dan aku pulangkan semula pada kawan2 RM 3.00 seorang. So boleh fikir bertapa murahnya makanan kat sana. Dah lah murah, sedap pulak tu.. hehehe


January 2016

Assalamualaikum, disebabkan kekurangan masa yang ada jadi saya summarykan semua memori dalam 1 bulan. 

13(Rabu) - 15(Jumaat) 01.16
Masa untuk travel ke langkawi, bersama Ama & Nor. Memang excited sangat2 waktu kat sana. Tapi biasa lah ada masa nak marah tak tentu pasal pun ada gak. hahaha Semua nk ikut kepala sendiri kan. Nanti sy masukkan bajet untuk ke langkawi ye. hehehe

19.01.2016
Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun kami tak jumpa kami dapat dinner bersama lagi. Memang sangat teruja tau. Bukan senang nak jumpa si mimi tu.. hehe


Tak banyak sangat yang aku ingat sebab diri sentiasa sibuk dengan kerja, nak sangat kan. hahahaha dah Allah makbulkan doa tu. Ambik kau.. :D



Jumaat, 1 Januari 2016

2016

Happy new yearssss..

Sekejap sangat masa berlalu dah masuk tahun 2016. 

Apa azam tahun ni?? 

Tiap2 tahun mesti tanya soalan yang sama je, so for this year aku tak ada azam pun cuma aku ada perkara lain nak buat. 

1. Nak mulakan hidup yang baru. 
2. Kena kuatkan minda, fizikal & mental.
3. Nak fokus pada kerjaya aku dulu
4. Jodoh semua dari Allah, malas nak fikir lagi
5. Nak kuatkan iman & agama

Tu jelah dulu, sebab ada korojer nie.. hehehe