Rabu, 1 April 2015

5 TIPS JIWA TENANG DALAM KEHIDUPAN

5 TIPS JIWA TENANG DALAM KEHIDUPAN
Dalam kehidupan yang serba moden, manusia mudah terdedah kepada pelbagai perkara yang mencabar. Jika kehidupan tidak diuruskan dengan baik, ia akan mendatangkan pelbagai masalah dan antaranya adalah jiwa yang tidak tenang.

Berikut dikongsikan beberapa tips dimana jika diamalkan, insyaAllah ia akan membantu anda dalam pengurusan jiwa untuk menjadi lebih tenang:

1.Hiburan-Dengar Muzik, Bukan Lagu
Muzik mampu memberikan ketenangan dalam kehidupan. Kajian menunjukkan bahawa muzik boleh memberi manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal serta merendahkan tahap tekanan.

Search sahaja di youtube dan pelbagai muzik ketenangan ada dikongsikan. Tetapi awas, pastikan apa yang anda dengarkan hanya muzik dan tiada lagu yang boleh mengganggu ketenangan anda.

2.Emosi-Kawal Dengan Bijak
Emosi bertindak balas dengan apa yang diterima oleh pancaindera seperti mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Sajikan pancaindera anda dengan perkara-perkara bermanfaat, berilmiah serta bermotivasi.

Kawal diri dari menonton rancangan televisyen dan lagu-lagu bergenre sedih/kecewa kerana ia akan menyumbang kepada emosi yang negatif. Maka anda perlu bijak dalam memilih ‘makanan’ kepada emosi anda.

3.Rehat-Beri Masa Pada Diri
Apabila menempuhi jadual yang padat dalam kehidupan seharian, setiap individu memerlukan tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya tujuh jam pada waktu malam.

Bagi memastikan tidur yang berkualiti, anda dinasihatkan agar merehatkan minda 20 minit sebelum tidur dari apa jua perkara.

Amalkan Qailullah(tidur sementara) pada waktu tengahari kira-kira 15 minit kerana ia akan cas semula tenaga yang telah digunakan. Tidur yang cukup mampu memberi ketenangan pada diri seseorang.


4.Memori-Kenang Kembali Kebahagiaan.
Setiap manusia mempunyai kenangan yang membahagiakan. Anda juga pasti mempunyai lebih daripada 1 kenangan membahagiakan yang tersemat di dalam memori.

Bayangkan kembali detik tersebut, gambarkan perasaan pada ketika itu, gandakan emosi keseronokan dan pasakkannya di dalam minda.

Lakukan perkara ini berulang kali, dan sedikit-sebanyak anda akan mula mengalihkan titik fokus minda dari perkara tidak tenang kepada perkara-perkara yang membahagiakan.

5.Hidup-Ubah Sudut Pandang
Ramai manusia yang inginkan kesempurnaan hidup. Apabila tidak mencapai KPI yang ditetapkan, mereka mula berasa gudah gulana dan perasaan tidak tenang mula wujud.

Tanya diri anda mengapa tidak tenang? Jika ia berkaitan duniawi, ia adalah penyakit jiwa yang wujud akibat dari kelemahan diri sendiri. Fahami apa tujuan kita hidup di muka bumi ini.

Kehidupan di dunia adalah pentas untuk menuju ke akhirat. Jadikan dunia sebagai tempat pelaburan dan apa sahaja ujian perlu dihadapi dengan tenang dan positif.

Penulis : Farhan Johari

Psss : Jom Like FB ‘Pikodot’ untuk motivasi anda

Note: Copy agar ia sentiasa ada untuk dijadikan bahan bacaan jika free. InshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan