Rabu, 1 April 2015

Apa Yang Wanita Mahukan?

Hahaha.. topic menarik plak.. xpe kita baca dulu ye.. Nie pun just copy dari blog bawah nie link dia. Rasanya blog nie memang bestlah. hihi 

1. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

2.. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

3. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

6. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

7. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.

Noted: Aku pun rasanya inginkan suami yang macam nie. Kalau dapat bersyukur, tapi kalau salah 1 dari semua nie xda pun tetap kena terima siapa suami kita seadanya. InshaAllah. Dia yang akan bersama denganku sampai ke syurga.. Aamiin. 

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.

Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Tanyalah Ustaz di Tv9 dan sesi motivasi di Ikim FM . Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
DALAM APA JUA YANG ANDA BUAT, MULAKAN DENGAN BISMILLAH
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup

5 TIPS JIWA TENANG DALAM KEHIDUPAN

5 TIPS JIWA TENANG DALAM KEHIDUPAN
Dalam kehidupan yang serba moden, manusia mudah terdedah kepada pelbagai perkara yang mencabar. Jika kehidupan tidak diuruskan dengan baik, ia akan mendatangkan pelbagai masalah dan antaranya adalah jiwa yang tidak tenang.

Berikut dikongsikan beberapa tips dimana jika diamalkan, insyaAllah ia akan membantu anda dalam pengurusan jiwa untuk menjadi lebih tenang:

1.Hiburan-Dengar Muzik, Bukan Lagu
Muzik mampu memberikan ketenangan dalam kehidupan. Kajian menunjukkan bahawa muzik boleh memberi manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal serta merendahkan tahap tekanan.

Search sahaja di youtube dan pelbagai muzik ketenangan ada dikongsikan. Tetapi awas, pastikan apa yang anda dengarkan hanya muzik dan tiada lagu yang boleh mengganggu ketenangan anda.

2.Emosi-Kawal Dengan Bijak
Emosi bertindak balas dengan apa yang diterima oleh pancaindera seperti mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Sajikan pancaindera anda dengan perkara-perkara bermanfaat, berilmiah serta bermotivasi.

Kawal diri dari menonton rancangan televisyen dan lagu-lagu bergenre sedih/kecewa kerana ia akan menyumbang kepada emosi yang negatif. Maka anda perlu bijak dalam memilih ‘makanan’ kepada emosi anda.

3.Rehat-Beri Masa Pada Diri
Apabila menempuhi jadual yang padat dalam kehidupan seharian, setiap individu memerlukan tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya tujuh jam pada waktu malam.

Bagi memastikan tidur yang berkualiti, anda dinasihatkan agar merehatkan minda 20 minit sebelum tidur dari apa jua perkara.

Amalkan Qailullah(tidur sementara) pada waktu tengahari kira-kira 15 minit kerana ia akan cas semula tenaga yang telah digunakan. Tidur yang cukup mampu memberi ketenangan pada diri seseorang.


4.Memori-Kenang Kembali Kebahagiaan.
Setiap manusia mempunyai kenangan yang membahagiakan. Anda juga pasti mempunyai lebih daripada 1 kenangan membahagiakan yang tersemat di dalam memori.

Bayangkan kembali detik tersebut, gambarkan perasaan pada ketika itu, gandakan emosi keseronokan dan pasakkannya di dalam minda.

Lakukan perkara ini berulang kali, dan sedikit-sebanyak anda akan mula mengalihkan titik fokus minda dari perkara tidak tenang kepada perkara-perkara yang membahagiakan.

5.Hidup-Ubah Sudut Pandang
Ramai manusia yang inginkan kesempurnaan hidup. Apabila tidak mencapai KPI yang ditetapkan, mereka mula berasa gudah gulana dan perasaan tidak tenang mula wujud.

Tanya diri anda mengapa tidak tenang? Jika ia berkaitan duniawi, ia adalah penyakit jiwa yang wujud akibat dari kelemahan diri sendiri. Fahami apa tujuan kita hidup di muka bumi ini.

Kehidupan di dunia adalah pentas untuk menuju ke akhirat. Jadikan dunia sebagai tempat pelaburan dan apa sahaja ujian perlu dihadapi dengan tenang dan positif.

Penulis : Farhan Johari

Psss : Jom Like FB ‘Pikodot’ untuk motivasi anda

Note: Copy agar ia sentiasa ada untuk dijadikan bahan bacaan jika free. InshaAllah