Cintalah ALLAH SWT melebihi segala, kerana semuanya bermula dari-NYA..
~Sebahagian dari dunia kecilku~ Hidup Tidak Semudah Yang Disangka, Namun Kembali Kepada Pencipta Kita Pasti Ada Jawapannya ~
Hari ini terbuka hati untuk dengar tentang Magnet Jodoh. Wahh, macam nak berjodoh dah aku kan. hehe Tak kisah janji doa yang baik-baik. Bawah nie ada share beberapa tips yang dapat dari video di atas.
Solat Sunat Istiharah - Kita sentiasa digalakkan untuk solat sunat Istiharah dalam apa jua keadaan bukan hanya untuk jodoh sahaja. Ia merupakan doa, jadi amat digalakkan. Bukan sekali buat kita akan terus dapat pertunjuk, tetapi kita perlu buat banyak kali, perlu sabar, perlu istiqamah (berterusan) ada masa cepat dan ada masa lambat. Itu semua tanda kita beriman kepada Allah.
Tanda selepas melakukan solat sunat Istikharah mungkin datang dalam 4 bentuk:
1. Ketenangan Hati - Selepas melakukan solat, hati rasa tenang, rasa lapang
2. Kecenderungan - Rasa nak dia sahaja
3. Dapat Ilham
4. Dalam Mimpi - bukan semua orang dapat, tapi kalau minta dengan bersungguh-sungguh InshaAllah.
Jodoh tak sampai-sampai juga.Jom Semak
1. Semak dulu hubungan kita dengan Allah. Mintak ampun dengan Allah.
2. Semak dulu hubungan kita dengan ibu bapa. Ada menguris hati ibu bapa kita. Mintak ampun dengan mak ayah. Mintak mak ayah doakan jodoh untuk kita.
Boleh bercinta sebelum bernikah tak? Adakah haram?
Cinta ini tidak berdosa seandainya ia tidak melalaikan kita dan tidak menjauhkan kita dari cinta Allah. Cinta berlandaskan nafsu adalah untuk haiwan. Cinta adalah fitrah yang memang ada dalam setiap jiwa manusia.
4. Sentiasa melakukan maksiat dan ingkar perintah Allah
Hikmah manusia yang tiada jodoh
Allah simpan jodoh didalam Syurga. Tetapi jangan buat dua perkara, 1. Jangan membenci perkahwinan. 2. Jangan berhenti berusaha sehingga nafas yang terakhir.
Doa yang boleh diamalkan untuk jodoh yang baik
1. Surah Al-Anbiya ayat 89
2. Surah Al-Qasas ayat 24
Amalan yang menarik magnet jodoh
1. Baiki hubungan kita dengan Allah
2. Baiki hubungan ibu bapa
3. Baiki dulu diri sendiri
4. Mohon ibu bapa doakan
5. Suka tolong orang
6. Sucikan hati kita
7. Solat hajat
8. Puasa hajat - Puasa sewaktu hari jadi kita, fokuskan hajat jodoh
9. Minta ahli ulama doa
10. Diri sendiri doa
11. Solat Istikharah
12. Pelihara hubungan silaturahim
13. Jangan berputus asa
14. Banyak bersedekah
Doa yang boleh diamalkan untuk buat seseorang suka pada kita, tetapi jangan salah guna. Doa selepas kita selesai solat Istikharah, doa supaya Allah mempermudahkan urusan perkahwinan kita.
1. Surah Toha ayat 39
2. Surah Yusuf ayat 4
Doa ini boleh terus diamalkan walaupun sudah berumahtangga, supaya magnet kasih sayang akan terus kekal hingga ke syurga.
7 Tanda Jodoh Serasi
1. Kita rasa bahagia dengannya
2. Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap
3. Rasa tenang bila bersama dia
4. Selalu ada disisi kita ketika kita memerlukan
5. Kita rasa selamat disisinya
6. Perkenalan/ perkahwinan kita dengannya buat kita semakin dekat dengan Allah
7. Ketawa dan menangis bersama
Rumusan:
1. Pilih jodoh yang baik yang boleh membimbing dunia n akhirat. Agama, Keturunan, Rupa, Harta.
2. 3 golongan manusia yang Allah akan sentiasa menolong mereka. Orang yang berjuang ke jalan Allah, Hamba yang mencari wang terbusan untuk memerdekakan dirinya, Orang yang berkahwin atas niat untuk menjaga kesucian dirinya.
2015-Rasa baru semalam baru lagi tahun 2014 kan. Tapi atas ujian dari Allah, aku rasa seperti hari-hari biasa je. Cuma Mr.JR ada wish selamat tahun baru. Aku biasa je.
Setiap tahun aku berdoa agar diberi peluang untuk sentiasa dekat dengan Allah. Sentiasa menjaga batas aurat. Tahun nie nak ada kereta sendiri, nak selesaikan banyak perkara dan InshaAllah nak bertunang. hehehe Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dunia akhirat. Aamiin
Note: Itu sahaja buat ketika ini, keadaan diri masih blurr lagi.. :)
Penutup tahun 2014 nie Banjir sehingga kena sebahagian rumah.
Keadaan semasa banjir. Esoknya pagar rumah pun tenggelam sama. Saya dapat rasakan besarnya air sungai pahang ketika ini. Risau sangat keadaan mak ayah, sebab tak selalu dapat call. Bekalan elektrik di tutup sebab banyak kawasan penuh dengan air.
Alhamdulillah, mak ayah duduk umah makngah kat atas bukit.
Keadaan rumah selepas banjir. Kami dapat masuk ke rumah pada hari sabtu (03.01.2015), itupun ikut jalan kuala krau ke gunung senyum sebab kampung pulau pasir mandi baru boleh lalu. Ikut jalan biasa masih tak boleh lalu lagi.
Terlalu banyak barang-barang kena buang. Tapi walau apa pun saya tetap bersyukur sebab mak ayah selamat. Kakak pun sama, banyak sangat barang kesayangan dia kena buang. Semoga kakak saya Redha, Allah pasti akan gantikan sesuatu yang lebih indah. InshaAllah.
Bagi saya ini adalah pertunjuk dari Allah, bagaimana keadaan jika kiamat mendatang. Pernah terdengar sewaktu ceramah bila kiamat bumi ini akan dipenuhi dengan air. Ini adalah sebahagian kecil je baru. SubhanaAllah, kuasa Allah. Allah memberi kita rasa semua ini, tapi adakah saya sudah bersedia untuk menghadapi keadaan ketika itu? Adakah saya benar-benar sudah bertaubat? Terlalu naif diri ini, terlalu banyak dosa. Semoga kita masih ada kesempatan untuk bertaubat.