Rabu, 25 September 2013

250913

Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, tapi mampukah aku bertahan lagi. Kadang-kala aku terfikir sampai bila aku harus bergini, menanti sesuatu yang aku sendiri belum ketahui. Terlalu payah untuk diteruskan namun aku akan terus melangkah. 


Maafkan aku jika disebabkan aku, terlalu ramai yang menitiskan air mata. Tapi kalau difikirkan secara positif, setiap orang akan mencari jalan yang terbaik untuk diri masing-masing kan. Bergitu jugak dengan aku kan, mesti mencari sesuatu yang terbaik. 

Semoga dengan langkah yang aku ambik ini akan lebih memudahkan semua orang. Amin.

Isnin, 23 September 2013

220913

Hari ni Hanna akan keluar dengan bf(best friend) Hanna. Sebenarnya Hanna malas nak keluar ingat nak berehat je di rumah, tapi sebab Hanna dah janji terpaksalah Hanna tunaikan. Hanna tetap pergi kerja macam biasa pagi ni, balik pun Hanna balik awal dari biasa. Kalau biasa Hanna akan balik pukul 4.00petang atau 5.00petang, tapi hari ni Hanna balik pukul 2.30petang. 

Hanna nak keluar jumpa kawan-kawan Hanna pukul 8.00malam, jadi sempatlah Hanna berehat dulu di rumah. Hehehe. Rumahku syurgaku, cewahhh.. Sampai dirumah Hanna solat zohor dan lepas tu apa lagi sambung baca novel lah. Sekarang Hanna sedang menghayati novel "Kau milikku" karya dari Pitteriah Abdullah. 


Buat masa ni, best jalan cerita dia. Suka sangat, pengorbanan seorang yang bergelar isteri. Jika Hanna sendiri diduga sedemikian Hanna belum tentu lagi mampu untuk menghadapinya. Cuma bagi Hanna cerita ni terlalu banyak melangkau (skip), tapi tetap best. Sebab kalau nak dihuraikan satu per satu, mesti tebal jadinya novel tu. 

Kembali kepada kisah Hanna, dalam pukul 6.30petang Hanna menuju ke stesen LRT untuk pergi berjumpa dengan sahabatnya. Kelemahan Hanna ni, bila naik tren Kelana Jaya Line mesti akan pening-pening dan muntah. Hanna ingatkan hari ini Hanna kuat, tapi tak ada maknanya. Hanna menuju ke bilik air dan muntah, selepas tu Hanna terus solat mahgrib. 

Selepas siap, Hanna terdengar ada message(sms) masuk tapi Hanna biarkan dahulu kerana kepalanya yang sedang pening tu. Setelah agak tenang baru Hanna membalasnya, dan Hanna terkejut kerana sangkaannya Dee yang akan mengambilnya distesen tapi malangnya bukan D. 

Namun Hanna buat seperti biasa tanpa memperdulikan apa yang akan berlaku. Selepas tu, Hanna pun keluarlah ngan someone nie n D sekali. 

Balik tu Hanna belikan kek for her sister, sebab hari nie birthday sister dia. HeHeHe baiknya Hanna nie kan. Tapi yang bestnya, Hanna pun dapat hadiah dari D n friend dia tu. Baru Hanna tahu kenapa D ajak keluar, rupanya nk celebrate birthday dia. 

Thanks a lot for my friend sebab selalu buat Hanna happy. :) 

So, hari nie hanya tu yang Hanna buat. Hope 

Jumaat, 20 September 2013

13.03.13 ~ Cantik

 13.03.13 ~  Satu tarikh yang tak mungkin aku lupakanya buat ketika ini. Rasa terlalu pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun aku tak wish birthday pada dia. Tapi dah 4 tahun jugak setiap kali tarikh nie, pasti aku akan bacakan Yassin untuk dia. 

Semoga rohnya aman disana. 

Jika ingin katakan sedih memang sedih, tapi aku percaya ALLAH SWT lebih sayang pada dia, dah aku bersyukur kerana dia sakit hanya untuk seketika tidak seperti arwah kakak iparku. 

Walau apa pun, aku masih perlu meneruskan hidup ini. Semangat dia akan terus berada disisi aku sampai bila-bila. InshaALLAH

Note: Terlalu lama  disimpan sebelum dikeluarkan. :)

190913


Coretan dipagi hari

Terlepas bas lagi, nampaknya kena tunggu bas akan datanglah ni. Kalau Hanna cepat sikit tadikan tak payah nak tunggu lama-lama macam ni. Semua ni salah tudung, kalau dia cepat ok tadi, tak adalah Hanna nak kena tunggu macam ni. Salahkan tudung pulak, sedangkan yang lambat tu diri sendiri. Hari ni mood Hanna tak macam semalam, hari ni Hanna lebih bersemangat lagi. 

Rutin harian Hanna, sewaktu menunggu bas, pasti akan termenung atau berangan. 

Sampai di pejabat, macam biasa Hanna punya punch card mesti merahlah. Hanna dah tak kisah semua tu, janji kerja yang diamanahkan siap, lagipun Hanna selalu keluar lambat selepas habis waktu pejabat. Motto hidup Hanna, Kerja itu satu amanah dari Tuhan, jika kita tak buat waktu pejabat mesti digantikkan selepas itu. Ish...Sebenarnya bukan topik nie Hanna nak cerita hari ni, tapi topik yang Hanna "falling in love". Wah, macam tak percayakan, sebab Hanna ni bukan jenis perempuan yang mudah nak jatuh cinta ni. Siapa yang kenal Hanna, pasti tahu yang Hana sedang tipu. 

Tapi kali ni Hanna serius, Hanna rasa yang Hanna betul-betul dah jatuh cinta. Tapi dengan siapa? Hanna sendiri pelik, cuma hari ni, rasa macam dah jatuh cinta. Mungkin Hanna jatuh cinta dengan kerja kot. Tak kisahlah yang penting Hanna nak hari ni tersenyum je sepanjang hari. Biarlah apa orang nak cakap, yang penting Hanna happy

Khamis, 19 September 2013

Hanya Dikau

Ingin aku berlayar dilautan
Membawa seribu erti kehidupan
Aku berlari memecah keheningan hati
Cuba mencukil rasa kekecewaan yang bersarang
Mencari makna yang penuh tersirat 

Sungguh jika senja datang menyisir
Kenangan akan terus terpapar dibayangan mata
Kenapa terlalu sukar untuk ia pergi

Hanya dikau
Pertama kali aku berjumpa
Hanya dikau 
Mengajarku erti bahagia
Hanya dikau 
Memberiku mewarnakan kehidupanku
dan 
Hanya Dikau
yang satu
Sentiasa terpahat dihati ini.... 

Perginya dikau
Tanpa aku tangisi
Hadirnya dikau
Tanpa aku sedari...

Sudah kelaut....hehehe 
Lama sungguh x menaip...