Dhia Hana seorang gadis yang
periang, seperti biasa masuk ke kelas dengan senyuman yang tidak pernah lekang
dari bibirnya. Apabila selesai meletakkan begnya dengan pantas dicapainya buku
laporan pegawas yang sentiasa dipenuhkan. Seorang pengawas yang sangat rajin
dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Dhia Hana terdengar suara memanggil
namanya “Dhia tolong aku hantarkan kertas kerja Addmate ni, pastu kau tolong sekali ambilkan kapur kat pejabat
tau.”kata Haikal selaku ketua tingkatannya itu.
Siapa tidak kenal dengan suara itu, sekali berkata-kata pasti seluruh
kelas akan diam.
“Alah, kau ni gaya aku pulak yang ketua tingkatan, tapi tak
apalah sebab minggu ni aku jaga blok bilik guru aku tolong ye.”kata Dhia dengan
senyuman dibibir.
“Sebab aku tahulah aku mintak tolong
kau.”balas Haikal lagi dengan senyuman yang dimaniskan.
“Bila masa pulak aku bagi tahu kat
kau ye?” soal Dhia Hana kembali dengan senyuman.
“Kau ni kan macam-macam sungguhlah, dah lah pergi
cepat nanti loceng berbunyi kau jugak yang susahkan.”balas Haikal.
“Baik bos!”sambil angkat tangan ke
dahi dengan senyuman dibibir. Dhia Hana pun berlalu, jika lewat takut pula
loceng berbunyi.
***
Sebagai seorang insan yang sudah
kehilangan kasih ibu, keluargalah tempat Dhia Hana mencurahkan segala masalah. Walaupun
Dhia Hana merupakan anak bongsu didalam keluarganya, dia seorang yang sangat
bedikari kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun Dhia Hana bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
guru-gurunya juga boleh berkongsi masalah dengan dirinya di samping teman yang
tersayang yang tidak pernah jemu memberikan kata nasihat dan sentiasa berkongsi
suka duka.
Tapi kasih ibu tiada gantinya walaupun
dia masih ada keluarga, guru-guru, teman-teman, dan seorang abang angkat yang
sangat memahami dia, namun dia masih terasa kekurangan menguasai dirinya. ‘Kenapalah
aku kehilangan kasih ibu di saat aku masih memerlukan belaian manja darinya.’ kata-kata
ini sering bermain dibibirnya. Tapi Dhia Hana sedar itu semua sudah tersurat
buat dirinya dan dia harus redha dengan takdir dari Ilahi. Sehebat dan sekuat
mana kita, kuasa Allah lebih berkuasa ke atas setiap umat-umatnya.
Ibunya kembali ke Ilahi kerana barah
payudara yang dihadapinya. Sungguh dia sangat terharu dengan kekuatan dan kegigihan
ibunya dalam mengharungi penyakitnya itu. Kekuatan untuk melihat anak-anaknya
berjaya. Sedikit pun ibunya tidak pernah mengeluh dengan penyakitnya itu.
Ibunya sentiasa tersenyum sehinggalah disaat-saat akhirnya. Dhia Hana tahu
ibunya sakit, tapi tidak pernah menunjukkan kesakitan itu kepada dia dan
keluarga. Tiga tahun ibunya menanggung kesakitan, akhirnya ibunya kembali jua
kepada Ilahi.
***
Hari ini bermakna semakin hampirlah Dhia
Hana dengan peperiksaan SPM yang tinggal hanya dua bulan sahaja lagi. Itulah
peperiksaan yang menentukan nasib Dhia Hana sama ada berjaya atau tidak untuk melangkahkan
kaki ke Pusat Pengajian Tinggi.
Namun tiada siapa yang sedar akan
perubahan yang ada pada Dhia Hana, selalunya dialah paling bising sekali dalam
tingakatan 5 Excellent. Tapi hari ini segala tingkah laku Dhia Hana agak
berbeza dari hari-hari sebelumnya. Hari ini Dhia Hana agak pendiam tidak
seperti selalu lagaknya, sebagai seorang pemidato sekolah Dhia Hana banyak
mengeluarkan pendapat apabila ditanya atau disoal oleh guru mahupun apabila
kawan-kawan setingkatan bertanya pendapat atau idea.
Seperti biasa Cikgu Zul masuk ke
kelas mengajar subjek Bahasa Melayu. Cikgu Zul mengarahkan semua pelajar
mengeluarkan buku latihan dan buku sastera. Tiba-tiba satu hentakan kuat
kedengaran dan semua mata tertumpu ke meja Dhia Hana. Semua pelajar menjadi
cemas dan suasana kelas menjadi hingar-bingar. Cikgu Zul terus menerpa ke arah
Dhia Hana sementara ketua tingkatannya mententeramkan keadaan di dalam kelas
itu.
“Ya Allah….. Dhia kenapa dengan kau
ni?” soal Umairah sahabat baiknya. Darah mengalir dari mulutnya tanpa henti,
muka Dhia Hana menjadi pusat lesi, tubuhnya lesu tidak bermaya dan nafasnya
menjadi semakin perlahan. “Arisya dan Fatin, kamu pergi ke pejabat sekarang dan
maklumkan pada cikgu yang bertugas cepat!”kata Cikgu Zul dalam keadaan yang
cemas. Tanpa menunggu lama, Arisya dan Fatin telah bergegas ke pejabat untuk
memaklumkan kepada cikgu yang bertugas supaya menelefon ambulans.
Sementara di tingkatan 5 Excellent
esak tangis semakin kedengaran apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh
Dhia Hana. Umairah sahabatnya memangku kepala Dhia Hana dengan penuh kasih
sayang sambil menyapu darah yang mengalir keluar dari bibir Dhia Hana.
Sepuluh minit kemudian ambulans pun
tiba dan membawa sekujur tubuh Dhia Hana ke hospital. Semua warga sekolah
tertanya-tanya siapa yang dibawa itu? Hanya mereka yang menyaksikan peristiwa
itu sahaja tahu siapa sebenarnya pesakit itu. Umairah hanya melihat Dhia Hana
dibawa pergi, kaku dia melihat semuanya. Namun didalam hatinya mendoakan agar
Dhia Hana selamat. Walaupun air matanya tidak mengalir, tapi dihatinya tiada
siapa yang tahu. Cikgu Zul telah menghubungi keluarga Dhia Hana.
***
Keluarga Dhia Hana bergitu terkejut
dengan berita yang baru diketahui kerana pada pengetahuan mereka Dhia Hana
tidak pernah mengalami sakit yang serius, lalu mereka bergegas juga ke
hospital. Irfan Farhan ialah abang angkat kepada Dhia Hana dan dia juga adalah
seorang doktor lebih terkejut kerana tidak pernah menyangka bahawa adik
angkatnya ada penyakit yang sudah sampai ke peringkat yang kriktikal.
Apa yang pasti di dalam hatinya
ialah menyelamatkan adik angkatnya yang tersayang. Walaupun kadang-kala ada
satu perasaan lain yang muncul, namun ditolak kerana menghormati hubungan yang
terjalin buat masa ini. Irfan Farhan bergitu terharu dengan sikap Dhia Hana itu
kerana sanggup menyimpan kesakitannya selama ini daripada pengetahuan semua
orang lain kecuali Dr. Haris.
Dia tahu adik angkatnya itu tidak
mahu menyusahkan orang lain selain dari Dr. Haris. Dia juga tahu Dhia Hana
tidak mahu menyusahkan orang lain apatah lagi kaum keluarganya yang masih
dihimpit kesedihan dengan pemergian ibunda tersayang. Walaupun Dr. Haris teman
baiknya, namun atas pemintaan Dhia Hana semuanya perlu dirahsiakan Dr. Haris
hanya mampu untuk memenuhi permintaan yang dibuat.
Namun takdir telah menentukan Dhia
Hana pergi jua akhirnya menghadap Ilahi setelah menanggung penderitaan akibat
penyakit barah otak yang dialaminya selama ini. Irfan Farhan terasa gelap dunia ini apabila denyutan nadi
Dhia Hana terhenti, baginya Dhia Hana adalah seorang anak yang sangat baik.
Suasana sedih menyelubungi istana keluarga
Encik Helmi. Anak yang tersayang telah pergi mengikut jejak isterinya. Kini
yang tinggal hanyalah secebis kenangan namun kehidupan harus diteruskan bersama
puteranya yang lain. Doa dan harapannya semoga anaknya Dhia Hana ditempatkan
bersama orang-orang yang beriman. Dhia Hana telah meninggalkan keluarga seminggu
selepas ibunya kembali menghadap Ilahi.
***
Selepas tuga hari Dhia Hana pergi,
sahabat baiknya Umairah datang ke sekolah semula dengan warkah yang terakhir
yang ditinggalkan oleh Dhia Hana kepada semua rakan-rakan setingkatannya.
Umairah berdiri dihadapan kelas dan ditemani oleh Arisya dan Fatin.
“Assalamualaikum, pada saya ada sepucuk surat
yang terakhir dari sahabat kita Dhia Hana untuk kita semua. Surat ini diberikan kepada saya oleh abang
Dhia.” Kata Umairah dengan suara yang terketar-ketar. Suasana kelas menjadi
senyap sunyi kerana ingin mengetahui apa isi kandungan surat yang ditinggalkan oleh arwah Dhia Hana.
“Buat
teman-temanku yang tersayang maafkan aku kerana meninggalkan kalian terlebih
dahulu. Aku ingin memohon ampun dan maaf diatas segala perilakuku yang selama
ini banyak menyinggung perasaan kalian. Halalkan juga segala apa yang telah aku
terambil atau termakan selama ini.
Berlajarlah
bersungguh-sungguh dan capailah segala impian kita selama ini untuk mendapat
keputusan yang cemerlang didalam SPM serta menjejakkan kaki di menara gading.
Semoga semua impian kita akan menjadi realiti.
Buat
sahabat baikku Umairah, Fatin dan Arisya maafkan aku kerana tidak dapat
menunaikan janji kita untuk sama-sama berasa di menara gading. Aku berharap
kalian akan terus berusaha untuk mencapai cita-cita kalian.
Hanya ini yang mampu aku coretkan buat tatapan
kalian dan izinkanlah aku pergi dahulu dengan aman damai. Salam sahabat dari
Dhia Hana.” Selesai membacanya, Umairah terus berlari keluar menuju ke
tandas. Dia tidak mampu air matanya dilihat oleh teman-temannya didalam kelas.
Umairah teringat kata-kata Dhia Hana
suatu ketika dulu “Mai, kalau suatu hari nanti aku pergi dahulu dari kau. Kau
jangan menangis tau, aku tak suka tengok muka kau kalau menangis. Habis semua
pipi-pipi, hidung, mata kau akan merah dan bengkak tau.”kata Dhia Hana sewaktu
balik dari kantin selepas mereka rehat.
“Habis kalau aku yang pergi dulu,
kau pun jangan menangis jugak, boleh tak?” balas Umairah sekadar bergurau.
Namun semua itu, bukan sekadar
gurauan. Tapi realiti hari ini yang Dhia Hana memang sudah pergi meninggalkan
dirinya. Dahulu kemana sahaja mereka pasti akan pergi berempat iaitu Dhia Hana,
Umairah, Fatin dan Arisya. Tapi kini hanya tinggal bertiga sahaja, kami
merasakan ia bagaikan satu mimpi yang sangat buruk supaya pabila bangun
semuanya akan pulih seperti sedia kala. Namun bukan semua yang kita inginkan
akan kita perolehi, Umairah harus hidup didalam realiti bukan lagi kenangan.
****
Sementara itu dikediaman keluarga Encik
Helmi, Dhia Hana juga ada meninggalkan satu surat kepada keluarga tercinta dan
abang angkatnya jua Irfan Farhan.
“Assalamualaikum,
pertama sekali adik ingin memohon maaf kepada along, angah, abang Irfan dan
teristimewa buat ayahanda yang paling adik sayang. Maafkan adik kerana
merahsiakan semua ini dari kalian. Bukan niat adik untuk membelakangkan
keluarga, tapi keadaan yang memaksa adik untuk berbuat sedemikian.
Ayah
adik tahu selepas pemergian ibu, ayah banyak menanggung rasa. Jadi oleh sebab
itu, adik tidak mahu lagi menambah beban yang telah ayah tanggung. Adik tahu
tentang penyakit adik sewaktu ibu masih ada lagi. Tapi adik sembunyikan
semuanya didalam kegembiraan adik sebab adik tak nak tengok ada air mata yang
mengalir sewaktu pemergian adik. Alhamdulilah Dr. Haris setuju dengan
permintaan adik untuk merahsiakan semua ini. Kalau abang Irfan tahu mesti dia
akan bagi tahu pada ayah, along dan angah, sebab itu adik tak nak abang Irfan
tahu sebelum waktunya. Maafkan adik.
Buat
abang Irfan, Dhia juga sayangkan abang. Maafkan Dhia abang, kerana selalu
menyusahkan abang. Terima kasih diatas kata-kata dorongan dan nasihat yang
abang berikan sangat Dhia hargainya. Dhia tahu abang sayangkan Dhia lebih dari
kasihnya seorang abang kepada adik. Tapi Dhia tahu abang, walau apa pun Dhia
dengan abang tak mungkin akan bersama. Maafkan Dhia sekali lagi abang.
Mungkin
ketika kalian membawa surat ini, Dhia dah tiada disisi kalian. Ayah, along,
angah dan abang Irfan, izinkanlah Dhia pergi dulu. Redhakanlah hati kalian
untuk pemergian Dhia, seperti pemergian ibu dahulu. Doakanlah Dhia sentiasa
aman dan dapat bersama dengan ibu disana. Ketahuilah yang Dhia sangat-sangat
menyanyangi kalian. Maafkanlah Dhia buat kali yang terakhir ini.”
Salam
sayang dan ikhlas dari,
Dhia
Hana
4 ulasan:
adeiihh.. sedih benor suratnyerr..hehe
tp kan kak as,
lain kali kasi pnjang sikit eh.. ehehee..
Terima kasih sara...InsyaAllah, yang kedua akak kasi pnjang yerr..nie ngah duk menyiapkannya...hihiihi
macam tak puas membaca..
hehehe...insyaAllah, lain kali as buat panjang lagi ye..
Catat Ulasan