Ahad, 16 Oktober 2016

Travel to Kundasang, Sabah

Assalamualaikum... So long no come this pages. I miss all moments. hihi

Now i just want to share budget travel to Kundasang, sabah for 2 person. 


(Suka hati aku je cakap kan) hahahahaha~

12hb - 15hb October 2016


Flight to KK (Include Baggage)  : RM 192.00 / Person (Tiket dapat harga RM140)

Rumah : RM 150.00 (Seorang) x 2 = RM 300.00 + RM 33.00 (Sebab rumah dah book jauh sangat ke pendalaman, seram nak masuk) hahaha
Kereta Sewa : RM 150.00 (Seorang) x 2 = RM 300.00
Minyak : RM 50.00

Total : RM 550.00 Seorang x 2 = RM 1,100.00


Ok tu je. Semua tidak termasuk belanja makan & Shopping. 


Kita nak cerita sampai sana pukul berapa dan macam mana boleh sampai kundasang sehingga balik KL semula.


Kami naik flight pukul 9.30 dari KL dijangka sampai sana pukul 12.30 tengahari.

Kereta sewa dah tunggu semasa kami sampai disana. Kami pusing bandar KK dulu cari maybank, lepas tu tak lepas juga. Ok yang ni memang masalah aku. (Urusan kerja tak habis2) hahahaha

Lepas keluar dari Maybank, aku terus ajak Ama pergi makan dekat Medan Mara kot tak salah aku. Tapi dia ada foodcourt, aku yang memang memilih sangat bab makan ni makan nasi n ayam goreng je. Hahaha


Selepas makan, kami isi minyak dan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Pakai waze entah mana2 dia bawak kami. Tapi nasib baik memang niat nak travel so redah jelah. 


Dah nampak Nickgold (Bilik sewa), tapi disebabkan rasa tak yakin. Aku ajak ama keluar semula sebab jalan dia memang seram giler kot. Last2 waze memang tunjuk ke situ. Kami masuk sampai dalam & akhirnya memang situlah tempat dia. 


Bawah ni antara view waktu pagi yang aku ambil dari bilik. Seawal jam 6 pagi matahari dah terik macam tu. Kalau kat KL baru nak masuk subuh. 




Desa Dairy Farm 
Antara tempat yang kami datang 2 kali. Tak tahu macam mana nak digambarkan bertapa cantiknya pemandangan yang Allah anugerahkan untuk kami melihatnya. Cuaca panas tapi angin sangat kuat. Serius rasa tak nak balik bila duduk disini. Tapi tanggungjawab masih di Semenanjung jadi kita tinggalkan sesuatu yang indah untuk dikenang. 


Kundasang War Memorial
Kalau dari bulatan kundasang, kita akan nampak War Memorial ni disebelah kanan. Tapi disebabkan kami dari Desa Farm dia berada disebelah kiri selepas turun dari bukit Desa Farm. Pemandangan disini pun masih cantik. 



Kami akan menuju ke Ladang Teh Sabah. Dari War Memorial tu menuju ke Ranau, tepi jalan penuh dengan orang jual buah & sayur sama seperti di Cameron. Tapi kalau rasa nak cari buah yang pelik2 sila singgah ye. Memang menarik untuk kita rasa makanan disini. 

Ladang Teh Sabah & Poring Hot Spring
Ladang teh sabah tidaklah sehebat ladang teh di Cameron. Disini dia masih banyak menggunakan peralatan lama. 

Poring Hot Spring - Terdapat 3 tempat yang kita boleh kunjungi bila masuk ke sini. Tapi disebabkan kami kesuntukkan masa. Jadi kami hanya pilih untuk naik ke jambatan gantung dan mandi air panas dalam bilik ok. Harga tak mahal sangat, masih mampu untuk kita bayar. Gambar yang terakhir tu, kami main behenti tepi jalan je. Saja nak ala2 di luar negara sikit. Tapi memang sangat cantik. SubhanAllah, semua adalah ciptaan Allah SWT.


Kota Kinabalu Park


Rumah Terbalik Borneo / Muzium 3D / Jambatan Tamparuli


Desa Rhu (Makan Tengahari sebelum balik).
Koleksi tiket semasa di Sabah & buah yang kami beli semasa dalam perjalanan menuju ke Ranau. 


Tiada apa yang dapat diungkapkan kecuali Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi aku peluang untuk melihat dan merasai apabila berada ditempat orang. Walau dia masih di Malaysia tapi suasana dan keadaan tidak sama di Kuala Lumpur atau semenanjung. Jika masih diberi peluang nak sangat aku pergi travel bawak mak, apak & semua adik beradik. 

Ya Allah, semoga Allah SWT memberikan aku rezeki yang melimpah ruah untuk aku salurkan kepada saudara seagama denganku. InshaAllah. ~ Love As~