Selasa, 22 Julai 2014

Thinking of you~


Assalamualaikum

Rasa macam dah lama tak up apa2 kan. Ok, sekarang saya story sikit yerr. 
Bulan nie saya ada beli phone baru, atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa jua beli. Alhamdulillah, sebenarnya memang senang pun. Banyak perkara yang saya tak tahu saya boleh dapatkan dengan cepat. Tapi jangan lupa ia juga masih ada keburukkannya tau. Semoga saya tidak menyalahgunakan ia. Hihihi

Bulan nie jua, kami berpuasa dan hari ini dah 24 Ramadhan. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Tapi apa yang saya dapat pun saya tak pasti. Cuma saya selalu berdoa agar Allah sentiasa memberikan saya kekuatan Iman dan supaya saya lebih mendekati Al-Quran & Sunnah. 

Saya rasa semakin banyak yang saya cuba untuk fahami semakin banyak yang saya rasa tak tahu. Saya perlu lebih belajar lagi, sampai ke akhir nafas ini.. 

Tentang dia, saya tak tahu bagaimana untuk nyatakan. Sejujurnya hati ini tak kuat lagi untuk berhadapan dengan semua itu sekali lagi. Cukup bagi saya hanya doa sahaja pengubat rasa dihati ini. Biarlah dia tidak pernah tahu apa yang tersirat dihati ini, tapi Allah tahu dan Allah tahu apa jua yang terbaik untuk diri ini. 

Buat dia, saya tahu awak dapat rasa apa yang saya rasa. Tapi mungkin belum tiba masanya atau bukan tertulis untuk kita bersama. Walau apa pun, saya akan terus berdoa sehingga saya benar-benar yakin dengan apa yang saya buat ini. Saya doakan awak akan terus berjaya dengan apa yang awak impikan.. 

Sampai masa dan ketika, jika awak datang cari saya. Jika belum terlambat saya masih lagi akan menanti awak. Tapi jika ketika itu saya sudah berpunya atau sudah tiada awak boleh teruskan hidup awak mencari destinasi seterusnya. :) 

Saya percaya jodoh & maut ditangan Allah, kita hanya mampu berusaha sahaja. Selebihnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita inginkan sesuatu tapi dia tidak baik untuk kita, Allah tidak akan turunkan ia kepada kita. Jadi saya hanya berdoa dan cuba untuk mendekati awak, tapi jika awak belum bersedia atau sudah ada yang terbaik saya tahu itu tandanya awak bukan untuk saya didunia ini. 

Hati saya pernah disakiti, pernah terluka, pernah kehilangan, pernah kecewa, jadi untuk kali ini saya lebih redha untuk menerima apa jua dugaanNya kerna saya tahu saya mampu lakukan. Pasti kebahagiaan itu akan menjadi milik saya jua suatu hari nanti, jika bukan didunia pasti Allah sediakan sesuatu disana kelak. In Sha Allah. 

Ehh...sudah-sudah, apa yang saya cuba sampaikan nie. Hehehe.. Ok.. saya lari dulu... 

Tanda-tanda Awal Kanser

Tanda-tanda Awal Kanser
by EZANY-KUN in BERITA,KESIHATAN,PENYAKIT

(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.
- sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada.
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher. 

Khamis, 17 Julai 2014

Bentan Apa Mama Perlu Tahu

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Maksudnya jika ibu culas menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Tanda dan sebab bentan:
*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis bentan:
Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda.

Selasa, 8 Julai 2014

Kek Batik

Cara membuat kek Batik...

Bahan-Bahan
- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong

Langkah-Langkah
1. Patah-Patahkan Biskut Marie.
2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.
3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.
4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.
5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.
6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba
! 
P/s:Copy form Resepi Buat Kek (FB)