Jumaat, 30 Mac 2012


Izinkanlah aku pergi,
Untuk seketika...
Bukan selama-lamanya,
Mencari sesuatu kekuatan,
Yang semakin lama,
Semakin menghilang...

Mencari sesuatu untuk diri sendiri,
Mencari realiti hidup,
Mencari sesuatu yang telah lama hilang...

Semoga Allah sentiasa disisiku ini...
Kekuatanku hanya padaNYA..

Rabu, 28 Mac 2012

Cerpen ~ Izinkanlah Aku Pergi~


            Dhia Hana seorang gadis yang periang, seperti biasa masuk ke kelas dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Apabila selesai meletakkan begnya dengan pantas dicapainya buku laporan pegawas yang sentiasa dipenuhkan. Seorang pengawas yang sangat rajin dalam menjalankan tanggungjawabnya.
            Dhia Hana terdengar suara memanggil namanya “Dhia tolong aku hantarkan kertas kerja Addmate ni, pastu kau tolong sekali ambilkan kapur kat pejabat tau.”kata Haikal selaku ketua tingkatannya itu.  Siapa tidak kenal dengan suara itu, sekali berkata-kata pasti seluruh kelas akan diam.
            “Alah, kau ni gaya aku pulak yang ketua tingkatan, tapi tak apalah sebab minggu ni aku jaga blok bilik guru aku tolong ye.”kata Dhia dengan senyuman dibibir.
            “Sebab aku tahulah aku mintak tolong kau.”balas Haikal lagi dengan senyuman yang dimaniskan.
            “Bila masa pulak aku bagi tahu kat kau ye?” soal Dhia Hana kembali dengan senyuman.
            “Kau ni kan macam-macam sungguhlah, dah lah pergi cepat nanti loceng berbunyi kau jugak yang susahkan.”balas Haikal.
            “Baik bos!”sambil angkat tangan ke dahi dengan senyuman dibibir. Dhia Hana pun berlalu, jika lewat takut pula loceng berbunyi.
***
            Sebagai seorang insan yang sudah kehilangan kasih ibu, keluargalah tempat Dhia Hana mencurahkan segala masalah. Walaupun Dhia Hana merupakan anak bongsu didalam keluarganya, dia seorang yang sangat bedikari kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun  Dhia Hana bersyukur ke hadrat Ilahi kerana guru-gurunya juga boleh berkongsi masalah dengan dirinya di samping teman yang tersayang yang tidak pernah jemu memberikan kata nasihat dan sentiasa berkongsi suka duka.
            Tapi kasih ibu tiada gantinya walaupun dia masih ada keluarga, guru-guru, teman-teman, dan seorang abang angkat yang sangat memahami dia, namun dia masih terasa kekurangan menguasai dirinya. ‘Kenapalah aku kehilangan kasih ibu di saat aku masih memerlukan belaian manja darinya.’ kata-kata ini sering bermain dibibirnya. Tapi Dhia Hana sedar itu semua sudah tersurat buat dirinya dan dia harus redha dengan takdir dari Ilahi. Sehebat dan sekuat mana kita, kuasa Allah lebih berkuasa ke atas setiap umat-umatnya.
            Ibunya kembali ke Ilahi kerana barah payudara yang dihadapinya. Sungguh dia sangat terharu dengan kekuatan dan kegigihan ibunya dalam mengharungi penyakitnya itu. Kekuatan untuk melihat anak-anaknya berjaya. Sedikit pun ibunya tidak pernah mengeluh dengan penyakitnya itu. Ibunya sentiasa tersenyum sehinggalah disaat-saat akhirnya. Dhia Hana tahu ibunya sakit, tapi tidak pernah menunjukkan kesakitan itu kepada dia dan keluarga. Tiga tahun ibunya menanggung kesakitan, akhirnya ibunya kembali jua kepada Ilahi.
***
            Hari ini bermakna semakin hampirlah Dhia Hana dengan peperiksaan SPM yang tinggal hanya dua bulan sahaja lagi. Itulah peperiksaan yang menentukan nasib Dhia Hana sama ada berjaya atau tidak untuk melangkahkan kaki ke Pusat Pengajian Tinggi.
            Namun tiada siapa yang sedar akan perubahan yang ada pada Dhia Hana, selalunya dialah paling bising sekali dalam tingakatan 5 Excellent. Tapi hari ini segala tingkah laku Dhia Hana agak berbeza dari hari-hari sebelumnya. Hari ini Dhia Hana agak pendiam tidak seperti selalu lagaknya, sebagai seorang pemidato sekolah Dhia Hana banyak mengeluarkan pendapat apabila ditanya atau disoal oleh guru mahupun apabila kawan-kawan setingkatan bertanya pendapat atau idea.
            Seperti biasa Cikgu Zul masuk ke kelas mengajar subjek Bahasa Melayu. Cikgu Zul mengarahkan semua pelajar mengeluarkan buku latihan dan buku sastera. Tiba-tiba satu hentakan kuat kedengaran dan semua mata tertumpu ke meja Dhia Hana. Semua pelajar menjadi cemas dan suasana kelas menjadi hingar-bingar. Cikgu Zul terus menerpa ke arah Dhia Hana sementara ketua tingkatannya mententeramkan keadaan di dalam kelas itu.
            “Ya Allah….. Dhia kenapa dengan kau ni?” soal Umairah sahabat baiknya. Darah mengalir dari mulutnya tanpa henti, muka Dhia Hana menjadi pusat lesi, tubuhnya lesu tidak bermaya dan nafasnya menjadi semakin perlahan. “Arisya dan Fatin, kamu pergi ke pejabat sekarang dan maklumkan pada cikgu yang bertugas cepat!”kata Cikgu Zul dalam keadaan yang cemas. Tanpa menunggu lama, Arisya dan Fatin telah bergegas ke pejabat untuk memaklumkan kepada cikgu yang bertugas supaya menelefon ambulans.
            Sementara di tingkatan 5 Excellent esak tangis semakin kedengaran apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Dhia Hana. Umairah sahabatnya memangku kepala Dhia Hana dengan penuh kasih sayang sambil menyapu darah yang mengalir keluar dari bibir Dhia Hana.
            Sepuluh minit kemudian ambulans pun tiba dan membawa sekujur tubuh Dhia Hana ke hospital. Semua warga sekolah tertanya-tanya siapa yang dibawa itu? Hanya mereka yang menyaksikan peristiwa itu sahaja tahu siapa sebenarnya pesakit itu. Umairah hanya melihat Dhia Hana dibawa pergi, kaku dia melihat semuanya. Namun didalam hatinya mendoakan agar Dhia Hana selamat. Walaupun air matanya tidak mengalir, tapi dihatinya tiada siapa yang tahu. Cikgu Zul telah menghubungi keluarga Dhia Hana.
***
            Keluarga Dhia Hana bergitu terkejut dengan berita yang baru diketahui kerana pada pengetahuan mereka Dhia Hana tidak pernah mengalami sakit yang serius, lalu mereka bergegas juga ke hospital. Irfan Farhan ialah abang angkat kepada Dhia Hana dan dia juga adalah seorang doktor lebih terkejut kerana tidak pernah menyangka bahawa adik angkatnya ada penyakit yang sudah sampai ke peringkat yang kriktikal.
            Apa yang pasti di dalam hatinya ialah menyelamatkan adik angkatnya yang tersayang. Walaupun kadang-kala ada satu perasaan lain yang muncul, namun ditolak kerana menghormati hubungan yang terjalin buat masa ini. Irfan Farhan bergitu terharu dengan sikap Dhia Hana itu kerana sanggup menyimpan kesakitannya selama ini daripada pengetahuan semua orang lain kecuali Dr. Haris.
            Dia tahu adik angkatnya itu tidak mahu menyusahkan orang lain selain dari Dr. Haris. Dia juga tahu Dhia Hana tidak mahu menyusahkan orang lain apatah lagi kaum keluarganya yang masih dihimpit kesedihan dengan pemergian ibunda tersayang. Walaupun Dr. Haris teman baiknya, namun atas pemintaan Dhia Hana semuanya perlu dirahsiakan Dr. Haris hanya mampu untuk memenuhi permintaan yang dibuat.
            Namun takdir telah menentukan Dhia Hana pergi jua akhirnya menghadap Ilahi setelah menanggung penderitaan akibat penyakit barah otak yang dialaminya selama ini. Irfan Farhan  terasa gelap dunia ini apabila denyutan nadi Dhia Hana terhenti, baginya Dhia Hana adalah seorang anak yang sangat baik.
             Suasana sedih menyelubungi istana keluarga Encik Helmi. Anak yang tersayang telah pergi mengikut jejak isterinya. Kini yang tinggal hanyalah secebis kenangan namun kehidupan harus diteruskan bersama puteranya yang lain. Doa dan harapannya semoga anaknya Dhia Hana ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dhia Hana telah meninggalkan keluarga seminggu selepas ibunya kembali menghadap Ilahi.
***
            Selepas tuga hari Dhia Hana pergi, sahabat baiknya Umairah datang ke sekolah semula dengan warkah yang terakhir yang ditinggalkan oleh Dhia Hana kepada semua rakan-rakan setingkatannya. Umairah berdiri dihadapan kelas dan ditemani oleh Arisya dan Fatin. “Assalamualaikum, pada saya ada sepucuk surat yang terakhir dari sahabat kita Dhia Hana untuk kita semua. Surat ini diberikan kepada saya oleh abang Dhia.” Kata Umairah dengan suara yang terketar-ketar. Suasana kelas menjadi senyap sunyi kerana ingin mengetahui apa isi kandungan surat yang ditinggalkan oleh arwah Dhia Hana.
            “Buat teman-temanku yang tersayang maafkan aku kerana meninggalkan kalian terlebih dahulu. Aku ingin memohon ampun dan maaf diatas segala perilakuku yang selama ini banyak menyinggung perasaan kalian. Halalkan juga segala apa yang telah aku terambil atau termakan selama ini.
            Berlajarlah bersungguh-sungguh dan capailah segala impian kita selama ini untuk mendapat keputusan yang cemerlang didalam SPM serta menjejakkan kaki di menara gading. Semoga semua impian kita akan menjadi realiti.
            Buat sahabat baikku Umairah, Fatin dan Arisya maafkan aku kerana tidak dapat menunaikan janji kita untuk sama-sama berasa di menara gading. Aku berharap kalian akan terus berusaha untuk mencapai cita-cita kalian.
             Hanya ini yang mampu aku coretkan buat tatapan kalian dan izinkanlah aku pergi dahulu dengan aman damai. Salam sahabat dari Dhia Hana. Selesai membacanya, Umairah terus berlari keluar menuju ke tandas. Dia tidak mampu air matanya dilihat oleh teman-temannya didalam kelas.
            Umairah teringat kata-kata Dhia Hana suatu ketika dulu “Mai, kalau suatu hari nanti aku pergi dahulu dari kau. Kau jangan menangis tau, aku tak suka tengok muka kau kalau menangis. Habis semua pipi-pipi, hidung, mata kau akan merah dan bengkak tau.”kata Dhia Hana sewaktu balik dari kantin selepas mereka rehat.
            “Habis kalau aku yang pergi dulu, kau pun jangan menangis jugak, boleh tak?” balas Umairah sekadar bergurau.
            Namun semua itu, bukan sekadar gurauan. Tapi realiti hari ini yang Dhia Hana memang sudah pergi meninggalkan dirinya. Dahulu kemana sahaja mereka pasti akan pergi berempat iaitu Dhia Hana, Umairah, Fatin dan Arisya. Tapi kini hanya tinggal bertiga sahaja, kami merasakan ia bagaikan satu mimpi yang sangat buruk supaya pabila bangun semuanya akan pulih seperti sedia kala. Namun bukan semua yang kita inginkan akan kita perolehi, Umairah harus hidup didalam realiti bukan lagi kenangan.
****
            Sementara itu dikediaman keluarga Encik Helmi, Dhia Hana juga ada meninggalkan satu surat kepada keluarga tercinta dan abang angkatnya jua Irfan Farhan.
            “Assalamualaikum, pertama sekali adik ingin memohon maaf kepada along, angah, abang Irfan dan teristimewa buat ayahanda yang paling adik sayang. Maafkan adik kerana merahsiakan semua ini dari kalian. Bukan niat adik untuk membelakangkan keluarga, tapi keadaan yang memaksa adik untuk berbuat sedemikian.
            Ayah adik tahu selepas pemergian ibu, ayah banyak menanggung rasa. Jadi oleh sebab itu, adik tidak mahu lagi menambah beban yang telah ayah tanggung. Adik tahu tentang penyakit adik sewaktu ibu masih ada lagi. Tapi adik sembunyikan semuanya didalam kegembiraan adik sebab adik tak nak tengok ada air mata yang mengalir sewaktu pemergian adik. Alhamdulilah Dr. Haris setuju dengan permintaan adik untuk merahsiakan semua ini. Kalau abang Irfan tahu mesti dia akan bagi tahu pada ayah, along dan angah, sebab itu adik tak nak abang Irfan tahu sebelum waktunya. Maafkan adik.
            Buat abang Irfan, Dhia juga sayangkan abang. Maafkan Dhia abang, kerana selalu menyusahkan abang. Terima kasih diatas kata-kata dorongan dan nasihat yang abang berikan sangat Dhia hargainya. Dhia tahu abang sayangkan Dhia lebih dari kasihnya seorang abang kepada adik. Tapi Dhia tahu abang, walau apa pun Dhia dengan abang tak mungkin akan bersama. Maafkan Dhia sekali lagi abang.
            Mungkin ketika kalian membawa surat ini, Dhia dah tiada disisi kalian. Ayah, along, angah dan abang Irfan, izinkanlah Dhia pergi dulu. Redhakanlah hati kalian untuk pemergian Dhia, seperti pemergian ibu dahulu. Doakanlah Dhia sentiasa aman dan dapat bersama dengan ibu disana. Ketahuilah yang Dhia sangat-sangat menyanyangi kalian. Maafkanlah Dhia buat kali yang terakhir ini.”
                                                                               Salam sayang dan ikhlas dari,    
                                                                                         Dhia Hana
            

Ahad, 25 Mac 2012

Kenapa?

Kenapa perasaan ini muncul jua,
Telah puas aku halang,

Namun dia hadir,
Membuatkan hatiku,
Resah gelisah.

Kenapa dia yang hadir,
Bukan orang lain,
Kenapa dia yang aku cinta?
Kenapa dia yang aku sayang?

Kenapa semua ini terjadi,
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Aku menangis bila teringatkanmu,
Aku resah atas kehilanganmu,
Aku sengsara kerana mencintaimu,
Aku terluka kerana sayang kamu.

Terlalu payah untuk aku selimutinya,
Terlalu sukar untuk aku menghadapinya,
Tapi perasaan ini muncul jua,
Perasaan yang aku memang mencintai kamu.

Air mataku ini sering kali jatuh,
Bila aku terpaksa menipu perasaanku ini,
Jujur aku ikhlas menyanyangi kamu,
Walaupun aku tahu kamu,
Tak mungkin akan mencintai aku.

Aku hulurkan rasa cinta ini,
Bukan untuk meminta simpati,
Bukan jua untuk dicintai,
Tetapi cukup jika aku terus mencintaimu,
Sehingga ke akhir hayatku ini.

Jumaat, 23 Mac 2012

Dia Kekasih Allah




Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah 

Selasa, 20 Mac 2012

Mencari Jawapan



Semakin aku memikirkan,
Semakin sakit,
Semakin aku memikirkan,
Semakin perit...

Terlalu payah untuk aku selongkar segala rahsia,
Terlalu payah untuk aku mencari,
Jawapan bagi setiap persoalannya...

Semakin aku ingin lari,
Semakin ia mendekati,
Semakin aku ingin dekat,
Semakin ia menjauhi..

Kemana harus aku tuju,
Kemana harus aku pergi...

Dimana ada jawapan semua persoalanku ini...
Aduh, parah yang ku rasa...
Ketika ini,
Hanya kepadaNya ku memohon petunjuk,
Bagi setiap persoalanku ini....


Jumaat, 16 Mac 2012

‎~Maafkan aku~

* Maafkan Aku *

Jika kemaafan yang kau pinta dariku,
Telah lama kata-kata itu lahir dari hatiku,
Namun untuk menerima dirimu kembali dalam hidupku,
Hanya maaf yang dapat kuhulurkan..

Aku jua manusia biasa yang tidak mampu untuk menipu,
Aku keseorangan bukan bererti aku masih mengingatimu,
Aku hanya memerlukan waktu untuk ku ubati luka ini,
Aku tidak mahu luka yang dulu,
Terukir kembali.

Kata-kata ibumu,
Telah menyedarkan aku dari mimpi yang indah,
Mencintai dirimu adalah sesuatu yang indah,
Namun berpisah denganmu adalah satu anugerah,
Yang paling berharga dalam hidupku...

Maafkan aku kerna terpaksa menolakmu,
Maafkan aku kerna melakukan semua ini,
Maafkan aku,
Didunia hingga ke akhir hidupku...


~Maria Ayuni-130312~