Selasa, 28 Februari 2012

Tak Mungkin Bersatu


Jika airmata ini bisa mengubati kelukaan dihatiku ini,
Pasti sudah lame luka ini hilang,
Namun aku masih rasa kesakitan itu.

Sampai bila harus aku kuatkan diriku ini,
Untuk aku berhadapan dengannya,
Saat mata bertentang, aku jadi semakin kelu,
Lidah ku tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata,
Hanya mata sahaja yang berkata-kata,
Apa yang ku rasa,
Tidak dapat aku bendung lagi,
Kerna ku tahu dia jua rasa apa yang ku rasa.

Tapi percayalah,
Sehebat mana kasih kita,
Sekuat mana sayang dan cinta kita,
Aku tahu, Kita tak mungkin kan bersatu... 



Selasa, 14 Februari 2012

Rinduku Padamu

Rindu,
Entah kenapa pagi yang indah ini kumasih teringatkan dirimu,
Rinduku padamu tidak dapat aku luahkan,
Tahukah kau,
Setiap hembusan nafasku ini aku selalu mengingatkan dirimu.

Argh, gila yang kurasa saat ini. 
Gila kerana aku menyukai dirimu.
Fikiran terganggu, 
Sesak nafasku,
Pabila mengingatimu.

Akal ku menolak yang aku suka kamu,
Tapi hatiku tidak dapat berbohong,
Dengan apa yang kurasa pada saat ini,
Aku cuma mampu berdoa dikau sentiasa bahagia,
Disamping dia yang kau puja.

Sungguh aneh rasanya cintaku pada saat ini,
Tidak seperti dahulu kala,
Tapi walau apa pun, 
Aku akan gagahkan jua diriku,
Untuk terus menyembunyikannya,
Dari pengetahuanmu.

Aku sayangkan persahabatan ini,
Kerna itu, 
Aku terpaksa mendiamkan diriku,
Menolak kasih dan cinta yang mula terbit,
Kerana janjiku kepada diriku sendiri.


Rabu, 1 Februari 2012

Aku Pasrah Dengan Segalanya

Terlalu berat kaki ku untuk melangkah pergi,
Tapi apakah daya ku jika itu yang kau pinta untukku lakukannya.
Akan aku kuatkan hatiku untuk terus pergi meninggalkan dirimu,
Kerana hanya itu sahaja yang dapat membahagiakan dirimu.

Sungguh dikala ini aku ingin sekali kau tahu,
Bahawa hanya kau yang ku kasihi,
Pedih luluh hatiku,
Saat kau lafazkan kalimah itu,
Sehinggakan aku tak sanggup untuk mengingatinya lagi.

Kepada Allah ku memohon pertunjuk,
Agar memberiku sedikit kekuatan atas setiap ujianNya ini,
Ku sedar bahawa setiap dugaan yang datang kepadaku,
Kerana DIA masih menyanyangi diriku ini.

Tapi apakah dayaku,
Aku juga manusia biasa yang sangat lemah,
Aku sering kali terleka dengan segalanya,
Aku terlupa bahawa hanya Dia yang wajid aku sayangi,
Melebihi segalanya.

Sepertinya sang mentari,
Aku mengharapkan agar esok akan bersinar kembali,
Agar hati ku tidak teruji lagi.

Setiap ujian yang kau berikan,
Aku sungguh tabah menghadapinya,
Tapi pabila ujian hati yang kau turunkan,
Aku menjadi terlalu lemah.

Ya Allah,
Kau jauhilah segala rasa curiga,
Segala bisikkan-bisikkan lain,
Agar aku tidak berpaling dari landasanmu,
Ya Allah.

Aku ingin sekali menjadi matahari,
Yang sentiasa memberikan kehidupan baru kepada maklukMu,
Yang memberikan cahaya,
Keseluruh alam.