Khamis, 15 Mei 2014

Duhai Hati


Apabila aku duduk sendirian, kadang-kala terfikir juga satu perkara yang aku rasa dari dulu memang ia berlaku pada aku. Terasa seolah-olah bila nak jumpa kawan-kawan aku je yang over excited nak sangat jumpa mereka, sedangkan mereka sikit pun tak cuba untuk luangkan masa untuk jumpa aku. 

Sedih, sangat-sangat. Mungkin kalau aku tak pernah hadir dalam hidup mereka pun, mereka tak pernah kisah kot. Aku je macam nak sangat-sangat menyibuk dalam hidup mereka. Rasa macam aku dah nak stop semuanya. Pergi jauh dari semua orang, tengok mereka ingat tak pada aku nie. Aku rasa mereka pasti tak akan ingat aku dah, sebab mereka ada kehidupan mereka sendiri. 

Sebab tu kenapa aku selalu sibukkan diri dengan kerja, usrah, kelas-kelas fardu ain, supaya aku tak fikir yang bukan-bukan. Lepas tu hanya jumpa kawan-kawan macam kak ayu, kak naz, umi..sebab mereka selalu ingat aku, tapi kawan aku masa belajar, waktu sekolah semua let go dah. Sedangkan aku setiap detik tak pernah lupa pada mereka. 

Sekali mereka hadir dalam hidup aku, ia akan kekal selamanya diminda dan hati aku. Tapi itu aku, sebab tu aku kata mereka tak sama dengan aku. Mereka ada kehidupan sendiri. Kalau dah kawen tu aku faham lah, ini yang bujang sama macam aku. Nak kata jauh, mereka dekat je cuma tu lah semua kata tak sempat, tak free. Kalau atas urusan kerja or pape aku sendiri faham. Sebab kadang-kadang aku pun kerja jugak sabtu ahad. 

Tak boleh ke 1 hari dalam 1 tahun tu kita sediakan hari untuk kawan-kawan kita. Aku bukan nak jumpa lama pun, cukup sekadar tengok dia sihat, ada kehidupan sendiri tu dah cukup bermakna dalam hidup aku. Ini ada yang langsung tak mesej or call. Kalau aku call or mesej pun tak berbalas. Sedih sebenarnya. 

Tapi selalu fikir positif, agar hati tidak pernah terluka. Walau kadang-kadang tu kita perlukan dia untuk 1 jam dia tidak pernah ada pun. Mereka semua hanya berlakon sahaja kan. Sebab tu kenapa aku selalu fikir cukup hanya Allah di hati aku. Sebab Allah tak pernah lukakan hati aku, tak pernah buat aku menangis, tak pernah kecewa kan aku pun. 

Aku perlukan sahabat yang sentiasa ada bersama aku bila aku perlukan dia, dan bila dia perlukan aku. Walau kita tak selalu bersama, tapi dia tetap ada bersama aku ketika aku suka dan duka, ketika senang dan susah. Itu dah cukup memadai bagi aku. Tapi betul ada satu kata-kata tu "Mencari sahabat sejati, bagai mencari mutiara didasar pasir" maksudnya terlalu sukar untuk mendapatkan ia. 

Aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku rasa je. Walau dimana korang berada doa aku tak pernah putus untuk kalian. Sebab Allah sentiasa menyediakan sesuatu yang terbaik untuk kita, mungkin dengan cara ini Allah menguji aku. Siapa tahu kan, hanya DIA sahaja yang lebih mengetahui. 

Aku percaya dengan semua yang berlaku adalah sesuatu yang indah dalam hidup aku, cuma biasalah bisikkan-bisikkan halus itu tidka pernah lari jauh dari hidup kita. Jadi kepada kawan-kawan saya, saya mohon maaf jika ada terasa hati dan saya tak pernah simpan dendam pun pada kalian, sentiasa memaafkan kalian sejak dari dulu lagi. Baru saya boleh sentiasa tersenyum seperti hari ini. 

Bahagia itu datangnya dari hati kita sendiri, bukan orang lain. Jadi kita sendiri yang kena aturkan kemana arah kebahagiaan yang kita inginkan. InshaAllah, Allah sentiasa bersama kita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan